Dekorasi Bilik Stor Bawah Tangga Yang Cantik Dan Kemas

22,684 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah pasti mempunyai bilik stor atau juga dikenali sebagai bilik simpanan barang. Stor merupakan satu elemen yang sangat penting didalam setiap rumah. Peranan stor di rumah  adalah untuk kita meletakkan barangan agar mudah untuk digunakan dan diorganisasikan.

Untuk anda yang mempunyai ruang stor dibawah tangga boleh melakukan dekorasi bilik stor macam yang dilakukan oleh Lyna Amran ini. Beliau berkongsikan beberapa gambar dekorasi stor tersebut yang dilakukan olehnya.

Dengan melakukan dekorasi bilik stor ini, ia tidaklah nampak kosong sangat. Jadi, bilik stor akan kelihatan nampak cantik, kemas dan barangan juga kelihatan tersusun dengan rapi. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau ini.

Dekorasi Bilik Stor Bawah Tangga Cantik & Kemas. Barang Juga Tersusun Dengan Rapi

Salam hujung minggu semua. Just nak share idea cara saya deko stor bawah tangga rumah untuk projek PKP kali ini. Idea nak men‘tamankan’ setor dah lama terfikir cuma masa PKP ini baru ada masa merealisasikan nya.

Walaupun hanya setor tak salahkan kita mendeko dan membuat susun atur untuk memudahkan proses kita mencari barang di samping bila buka pintu setor nak sedap mata memandang.

Dekorasi Yang Sangat Cantik

Inillah dia pandangan apabila hendak masuk kedalam bilik stor ini.

Dekorasi Bilik Stor

Susunan yang telah diasingkan mengikut kategori-kategori barang tersebut. Senang nak simpan balik lepas gunakannya.

Dekorasi Bilik Stor
Dekorasi Bilik Stor

Disebabkan kami semua ini mempunyai banyak kasut. Jadi, saya sediakan satu rak kasut khas yang diasingkan mengikut tuan empunya masing-masing.

Dekorasi Bilik Stor

Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco kali ini. Diharap dengan berkongsikan deko bilik stor ini dapat memberikan inspirasi kepada anda yang hendak melakukan deko bilik stor bawah tangga dirumah.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber : Lyna Amran

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down