Siapa yang tak sukakan sebuah dekorasi rumah yang cantik, menyerlah dan mampu menarik pandangan tetamu yang bertandang kerumah kita. Jika dirumah terdapat banyak perabot namun kalau disusun dengan rapi pastinya akan nampak kemas juga. Ditambah pula dengan kombinasi yang sepadan akan menaikkan lagi seri rumah tersebut.
Macam yang dikongsikan sebuah dekorasi ruang tamu cantik milik Huda Ishak ni. Dekorasi tersebut telah menerapkan warna yang bertemakan "kelabu asap" dan juga dijiwai dengan "biru laut". Hasil gabungan 2 warna tersebut dan ditambahkan lagi susunan perabot yang kemas hasilanya sangat menakjubkan.
Assalamualaikum semua. Jam sekarang menunjukkan pukul 2 pagi. Tapi mata saya masih di sini. Saya tak pernah share apa apa pun kat sini sebelum ni tapi suka tengok semua yang berkongsi decor masing masing. Hari ni terasa nak berkongsi dekorasi ruang tamu rumah saya yang bertemakan warna "kelabu asap" dijiwai dengan warna "biru laut".
Ruang tamu kelihatan sempit disitu kerana perpisahan antara ruang tamu dan ruang makan. Hahaha Dinding tengah tu memang kita tambah sebagai pembahagi ruang. Agak kecewa sebenarnya sebab ruang sedia ada terasa semakin mengecil. Apapun pilihan di tangan kita. Kita nak. Kita pilih. Kita buat. Kita lah yang mendapat. Hahaha Tetapi masih berpuas hati sebab dari dulu memang nak perpisahan antara ruang makan dan ruang tamu.
Rupa Dekorasi Ruang Tamu Yang Cantik
Inilah dia bahagian Living Area rumah milik Huda Ishak ini. Nampak simple dan sedap jer mata memandang walaupun terdapat banyak sofa dan perabot didalam rumah tersebut. Yang penting susunan perabot tu tersusun dengan kemas.
Berikut merupakan beberapai senarai barangan yang digunakan :-
Ada 4 tiang kiri dan kanan partition wall tu material wall panel effect gold.
Metal Flower gold kat wall tu from Yann Ariff. Pillow Cushion with wording "keep calm and carry on" from Romantika Home Decor. Pillow Cushion Silver from Shoppee
Material for partition ni adalah laminate panel wall yang bercorak marble tapi bukan marble.
Feature wall / tv cabinet ni material sama macam partition wall masih laminate wall panel yang bercorak marble. 2 lines black and grey tu mirror and gold lining tu laminate.
Bahagian Foyer Area
Untuk wall material yang sama dengan feature wall dan partition wall. Guna laminate wall panel corak memang nampak macam marble kan ?
Tapi bukan marble pun. Yang frame dekat wall tu mirror je sebenarnya. Konsep ni saya dapat bila check in dekat Moty Hotel Melaka.
Kredit : Huda Ishak