Dekorasi Rumah Arwah Mak Mertua Berusia 40 Tahun Lebih

29,444 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Semua pastinya menginginkan sebuah dekorasi rumah yang cantik, kan? Jika cantiknya dekorasi rumah ini sudah pastinya rumah akan kelihatan berseri-seri dan sedap mata memandang. Macam yang dilakukan dekorasi cantik oleh Foziahton Mat Isa terhadap rumah mak mertuanya yang berusia lebih 40 tahun.

Dekorasi rumah tersebut dilakukan sambil-sambil membaiki rumah mertua. Rumah tersebut telah pun dimakan anai-anai hampir 70%. Sememangnya rumah ini dilakukan dekorasi pada waktu ianya dalam proses dibaiki.

Hasil dekorasi tersebut telah pun dikongsikan di dalam sebuah grup Facebook Kelab Deco Rumah. Hasil dekorasi itu juga telah mendapat pelbagai reaksi yang positif daripada ahli grup tersebut. Jom kita tengok hasil dekorasi yang dikongsikan oleh Foziahton Mat Isa.

Dekorasi Cantik Keseluruhan Rumah Arwah Mak Mertua Yang Berusia Lebih 40 Tahun

As'salammualaikum wr wbt. Allhamdulillah Syukur ❤️ Sempat siapkan rumah ini sebelum Raya

Repair Rumah Arwah Mak Mentua yang lebih 40 tahun usianya. Dimakan anai2 hampir 70%. Maka terhasil la apa yang diidamkan. Deco sekadar yang mampu.

Dekorasi Rumah Arwah Mak Mertua Yang Dilakukan Sebelum Raya

Sebelum masuk ke dalam rumah. Nak kongsikan hasil dekorasi bahagian luar rumah ini. Bahagian ini juga penting sebab tetamu nak masuk ke rumah pun akan rasa selesa dan tertarik dengan keindahan bahagian ini.

Dekorasi Rumah Arwah Mertua

Beralih kepada dalaman rumah pula. Ini merupakan bahagian ruang tamu rumah saya.

Dekorasi Rumah Arwah Mertua
Dekorasi Rumah Arwah Mertua

Kalau nak lepak dengan keluarga tengok tv, disinilah tempatnya. Berkumpul ramai-ramai dengan keluarga tersayang.

Dekorasi Rumah Arwah Mertua
Dekorasi Rumah Arwah Mertua

Ini pula adalah ruang dapur rumah arwah mak mertua ini. Simple-simple sahaja dekorasi. Cuma menambahbaikkan sahaja ruang dapur ini seperti memasang skirting dapur dan pasang wallpaper dapur.

Dekorasi Rumah Arwah Mertua
Dekorasi Rumah Arwah Mertua

Kemas dan cantik hasil dekorasi beliau. Kalau mak mertuanya masih ada lagi, tentu dia suka dengan ubahsuai dan dekorasi tersebut.

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco. Semoga bermanfaat!

Sumber : Foziahton Mat Isa

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down