Tips Hasilkan Dekorasi Rumah Kediaman Gaya Klasik

657 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Konsep dekorasi gaya klasik sudah tidak asing lagi kerana sudah berkurun lamanya ia digayakan pada bahagian dalaman rumah. Dekorasi klasik sering menjadi pilihan bagi penggemar dekorasi rumah gaya barat yang cukup sinonim dengan penggunakan konsep deco rumah gaya klasik.

Gaya seperti ini sangat popular zaman dahulu kerana dekorasinya kalau dilihat seperti rumah yang dimiliki oleh golongan bangsawan. Bukan itu sahaja, Untuk menggunakan konsep ini rumah  anda haruslah mempunyai ruang yang agak luas.

Dekorasi Rumah Gaya Kediaman Klasik

Gaya klasik ini adalah berasal dari Eropah, seperti gaya Inggeris, Roman, Renaissance dan lain-lain. Kesan jajahan Inggeris menjadikan gaya klasik Inggeris paling diminati satu ketika dulu hingga kini.

Dekorasi Rumah Gaya Kediaman Klasik

Perabot klasik memerlukan ruang rumah yang besar, gaya terserlah, mewah, beradun, kelihatan gah dari segi gaya dan nampak kaya.

Dekorasi Rumah

Terdapat banyak unsur fabrik mewah, motif bunga besar, permaidani tebal, sofa baldu, warna keemasan dan perak serta lampu bergemelapan.

Dekorasi Rumah Gaya Kediaman Klasik

Gaya ini sesuai untuk golongan yang ingin jaga "standard", ataupun golongan bangsawan kerana ianya kelihatan mewah, besar serta ada rumah yang besar. Ia tidak sesuai untuk kediaman kecil.

Dekorasi Rumah Gaya Kediaman Klasik

Kelebihan gaya ini menjadikan orang kagum dengan kelas anda tersendiri dan mewah. Penghuninya seorang yang tertib.

Kelemahan gaya ini adalah ia memerlukan penyelengaraan yang tinggi serta kos yang mahal. Jika rumah anda tidak ada bibik, anda yang akan jadi bibik rumah sendiri.

Golongan muda tidak begitu menggemari gaya ini, biasanya mak mak mereka mudah jatuh cinta gaya ini. Gaya ini paling banyak didalam Drama TV3.

Kredit : Azizul Azli Ahmad 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down