DIY Accent Wall Herringbone Guna Vinyl Floor

9,985 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Sudah pasti ramai dikalangan pemilik rumah sangat mengenali apa itu accent wall. Accent wall boleh dikatakan begitu popular pada masa kini.

Secara kebiasaan, pemilik rumah menggunakan kayu dan peralatan yang berkaitan dengannya untuk hasilkan accent wall pada dinding. Tetapi tidak bagi lelaki ini yang bernama Jae Jung Suh. Beliau melakukan sedikit kelainan dengan menggunakan vinyl floor pada dinding bagi menghasilkan dinding accent mengikut caranya tersendiri.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom sama-sama kita saksikan projek DIY yang menairk ini.

DIY Accent Wall Herringbone Hanya Guna Vinyl Floor

Lama sudah nak buat accent wall Herringbone pattern ni. Kalau nak guna real wood macam mahal sangat kan?

Jadi guna sahaja vinyl flooring ni. Jangan ingat vinyl floor untuk lantai saja tau. Tapi nak patah jugalah pinggang sebab buat seorang diri kan. Nanti sudah siap sepenuhnya kita kongsi lagi ya.

Kalau rasa tak yakin dengan pelekat vinyl anda boleh sahaja improvise sikit, guna adhesive glue (gam flooring).

Ini adalah jenis vinyl floor yang digunakan. Jenis yang digunakan adalah herringbone.

Link Shopee vinyl floor jika anda berminat untuk membelinya :

  1. Lantai Vinyl : https://shp.ee/hyd88x9
  2. Gam vinyl floor khusus untuk tandas sahaja : https://shp.ee/nnyg4gt
  3. Gam vinyl floor untuk lantai biasa : https://shp.ee/fnytnub
DIY Accent Wall Herringbone

Keadaan ruang tamu selepas diubahsuai dengan menggunakan vinyl floor.

Vinyl Floor

Jumlah yang digunakan 1 kotak dan ada 36 keping. Selepas itu tambah 4 keping. Bilik ini, Bilik no 3, bilik kecil. Nak Selamat anda kena sediakan 2 kotak lebih kurang.

Vinyl Floor

Bilik selepas dipasang accent wall vinyl floor herringbone.

Vinyl Floor

Gambar lain bahagian bilik selepas diubahsuai.

Vinyl Floor

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap dapat membantu pembaca untuk mencari inspirasi dalam melakukan projek DIY seperti ini. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down