DIY Bakul Troli Yang Simple Menggunakan 2 Bahan Sahaja

505 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Ada bakul kat rumah tapi makin lama tambah baju dalam tu komfirm semakin berat. Apabila dah berat sangat, nak angkat pun sudah semestinya susah dan risau sakit pinggang. Nak tolak takut lantai akan tercalar pulak. Jadi, buatkanlah sebuah diy bakul troli yang mudah ini.

DIY bakul troli ini dihasilkan oleh Che Puteh Osman dan dikongsikan melalui akaun facebook beliau. Jika anda dah bosan bakul yang tiada roda, boleh lakukan diy ini. Sangatlah mudah dan cuma perlukan 2 bahan sahaja iaitu kayu plywood dan juga skru.

Jom kita melihat hasil diy yang dilakukan ini.

Projek DIY Bakul Troli Yang Mudah Dilakukan. Hanya Memerlukan 2 Bahan Sahaja!

Cari penyakit hujung minggu versi 2.0. Sambungan projek DIY-ing. Sebenarnya saya dah lama rancang nak tambah roda dekat bakul baju ini. Sebabnya bila penuh tak larat angkat. Nak tolak nanti bercalar lantai.

Tapi sebab kedai hardware asyik ramai orang. Nak minta kerat plywood pun ambil masa. Hari ini rezeki saya kedai hardware tak ramai. Sebabnya elok dia buka pukul 8 saya dah terpacak depan kedai. Roda ini dah lama saya beli.

Dulu ada plan projek DIY tak jadi. Syelek pula lebihan saya syelek divider rumah saya. Harga roda RM5 satu. Plywood 40cm x 40 cm harganya RM4. Percubaan tolak budak 20 kg berjaya. Masa diambil untuk siapkan 1-2 jam.

Cara Mudah Untuk Melakukan DIY Bakul Troli Daripada IKEA

Pasang 4 roda. Dua roda tetap. Dua roda lagi boleh berputar.

DIY Bakul Troli

Pasang skru dari dalam bakul untuk lekatkan bakul ke plywood.

DIY Bakul Troli

Saya malas sangat nak teruskan jadi skru dua saja. Tercabut nanti kita skru balik.

Kredit : Che Puteh Osman

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down