Cara DIY Feature Wall Konsep "Bangunan"

8,812 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Seiring dengan arus perkebembangan semasa, sudah ramai yang menggunakan teknik wainscoting di rumah mereka. Terkini ada satu corak baru yang boleh diikuti buat anda di luar sana iaitu cat dinding anda menggunakan teknik "feature wall". Teknik ini dipilih kerana tidak memerlukan penggunaan kayu pun lantas boleh menjimatkan kos penggunaan. Untuk membuat feature wall ini, perkhidmatan encik suami mungkin diperlukan untuk mengecat satu bahagian dinding. Perkongsian kali ini adalah mengenai cara diy feature wall konsep "bangunan".

Menurut perkongsian daripada Puan Ryn Doo ini, beliau telahpun mengecat bilik anak lelakinya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan hasil akhir dalam membuat feature wall ini sangat cantik dan kreatif. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara Diy Feature Wall  :

Hai semua. Disebabkan ramai mintak saya buat tutorial cara mengecat ni, jadi saya sharekan step by step dalam bentuk gambar.
Step-step tu boleh rujuk pada setiap gambar ye
Semoga membantu korg yg nk DIY jugak tu

 

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

  • Cat warna biru, jenis cat adalah Jotun Majestic True Beauty Matt 
  • Cat warna kelabu, jenis cat adalah Jotun Majestic True Beauty Sheen
  • Cat warna hitam, apa-apa jenis cat yang berwarna hitam boleh digunakan.
  • 2 masking tape bersaiz 1 inci digunakan
  • roller brush

Langkah 1- Kenal pasti terlebih dahulu dinding mana yang anda ingin catkan. Pastikan dinding tersebut perlu warna putih terlebih dahulu. Sekiranya dinding anda warna lain selain daripada warna putih, anda perlu cat ke warna putih dahulu.

Langkah 2- Anda perlu melukis terlebih dahulu reka bentuk yang anda inginkan. Bagi Puan Ryn Doo, beliau telah melukis reka bentuk yang beliau inginkan.

Langkah 3- Catkan 2 kaki di bawah dengan menggunakan cat berwarna biru. Seterusnya, anda boleh membentukkan bangunan dengan menggunakan masking tape. 

Langkah 4- Selepas selesai tarik masking tape bagi bangunan, anda perlu menyemak balik sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau tidak sama saiz seperti yang telah dilakarkan. Sekiranya anda sudah yakin yang semua ukuran tu betul, anda boleh mula mengecat dengan cat berwarna hitam menggunakan roller brush.

Gambar di bawah menunjukkan hasil selepas cat sudah kering dan anda boleh cabut pita pelekat tersebut supaya menghasilkan tingkap bangunan.

Langkah 5- Lekatkan masking tape bagi lapisan yang kedua bangunan tersebut.  Sekiranya ukuran sudah sama, anda boleh catkan di bahagian pita pelekat tersebut dengan menggunakan cat berwarna kelabu. Selepas diyakini cat sudah kering, cabut semua tape yang dilekatkan supaya nampak lebih cantik dan kemas gitu.

TADAAAA akhirnya sudah siapp..Hanya buat sendiri tanpa upah orang dan hasilnya sangat cantik dan makin selesa untuk tidur. Anda boleh cuba cara ini semasa cuti panjang bersama anak-anak anda atau suami anda supaya proses ini lebih pantas berbanding buat sorang diri. HAHA...

 

 

Kredit : Ryn Doo

 

 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down