Cara DIY Frame Bergambar Memori Keluarga Pada Dinding

16,457 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap kenangan wajib untuk kita menghargainya. Jadi, sebab itu apa-apa kenangan bergambar perlu kita simpan untuk masa depan kita. Namun, untuk lebih menghargai kenangan sedia ada perlu ada satu tempat khas untuk anda meletakkan segala gambar-gambar yang ada.

Seperti yang dilakukan oleh Atilia Aida ini dan suaminya telah melakukan sebuah diy frame bergambar khas untuk memori keluarga. Gambar tersebut akan di print terlebih dahulu dan lekatkan pada ruangan khas tersebut.

Menurut daripada Atilia Aida ini, modal untuk melakukan diy frame bergambar ini adalah dalam RM265. Jika anda ingin melakukan sebuah ruangan khas untuk meletakkan gambar kenang-kenangan boleh cuba tengok cara yang dilakukan oleh suami isteri ni.

Cara Untuk Lakukan DIY Frame Bergambar Memori Keluarga Pada Dinding Rumah Bermodalkan RM265

Suami nak buat frame gambar memori keluarga since gambar dalam fone penuh tapi tak pernah print out. Saya pulak teringin nak batten wall.

So, bergabung idea terhasil lah "memory lane" ni. Berminggu jugak la sebab ada anak kecik & both kerja. So, buat sikit-sikit maka siaplah jugak.

Lampu tu kami decide diy masukkan puck light ke dalam rail light sebab tak nak wiring baru. Pakai puck light just guna remote ja.

Nanti kalau rajin tukar-tukar la gambar tu 6 bulan sekali ka, setaun sekali ka. yang dicabut tu simpan masuk frame. Jadi gambar-gambar dalam fon tu tak la tersimpan beku di situ ja kan. nanti boleh anak-anak tengok.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Melakukan DIY ini

Proses Dan Hasil Akhir DIY Frame Bergambar Keluarga Ini

Inilah dia bahagian atau ruang untuk saya dan suami melakukan sebuah frame bergambar nanti.

Lepas siap pasang mdf board. Mancabar jugak ya sebab dinding tak sekata.

DIY Frame Bergambar

Gambar diy frame tak da. Ni just letak gambar atas plywood. Plywood beli balik potong sendiri ikut size dinding.

Siap cat frame. Pilih gambar paling menarik letak bahagian bawah sebab anak senang tengok. Tampal gambar guna tack it.

Try letak kat dinding. Dah excited time ni. Tapi anak pulak mintak dukung selalu sebab nak tengok gambar.

DIY Frame Bergambar

Siap gantung frame gambar gantung pakai tali sahaja. Kalau pakai dawai halus lagi bagus.

Seterusnya ialah proses memasang puck light didalam rail light tersebut. Puck light tu boleh di control jauh menggunakan remote yang sedia ada. Saya tak wiring pun cuma guna bateri pada puck light tersebut.

DIY Frame Bergambar

Alhamdulillah, siap juga akhirnya bahagian diy frame bergambar kami ini. Barulah ada gambar kami sekeluarga sebagai memori atau kenang-kenangan.

Sumber : Atilia Aida

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down