DIY Frame Burung Hantu Hanya Guna Rempah Ratus

138 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Untuk bagi rumah nampak lagi glam, boleh cuba untuk tambah hiasan dinding seperti frame, gantung pinggan mangkuk sebagai hiasan, buat art unik sendiri untuk dinding, ataupun guna konsep alam sekitar. Tidak mahal pun semua cara ini! Perkongsian pada kali ini adalah dari Nani's makeover . Perkongsiannya adalah mengenai diy frame burung hantu hanya guna rempah ratus.

Semua orang inginkan rumah yang cantik dan menarik kan? Cuba anda bayangkan kita dapat 'menjamu' tetamu-tetamu yang datang bertandang ke rumah dengan dekorasi yang hebat dan mengagumkan. Masuk saja rumah terus teruja dan terfikir-fikir macam mana rumah orang ni boleh cantik macam ini? Bangga bukan?

Apalagi deko itu adalah sentuhan peribadi, terus nampak unik dan limited dan memang tidak dapat cari di tempat lain. Seperti yang dikongsikan oleh Nani's makeover melalui laman facebook, hanya guna rempah ratus, wanita ini berjaya DIY frame burung hantu.

Diy Frame Burung Hantu Yang Mudan Dan Simple :

 

diy frame burung hantu guna rempah ratus
Asasnya guna kotak. Tidak pandai sangat lukis tapi cuba jugak asal ada rupa. Lekat semua rempah guna white glue. Makan masa semalaman untuk betul-betul kering.

diy frame burung hantu guna rempah ratus
Ini rupanya bila dah kering.

diy frame burung hantu guna rempah ratus
Backdrop ini guna plywood. Cat warna putih guna cat Dulux waterbased dan frame guna kayu spin. Ranting-ranting lekat sesuka hati, boleh lekatkan guna hot glue. Yang ini semua guna ranting rambutan.

diy frame burung hantu guna rempah ratus
Lepas siap susun ranting boleh lekatkan owl itu. Ikut kreativiti sendiri mahu letak kaki atau tidak.

diy frame burung hantu guna rempah ratus
Dan siap! Ini lah hasilnya.

diy frame burung hantu guna rempah ratus
Ini lah rupanya bila sudah gantung di dinding rumah.

Itu sahaja perkongsian yang dapat dikongsikan pada kali ini. Diharap perkongsian kali ini dapat memberi idea kepada anda dalam melakukan diy menggunakan barangans sedia ada.

Selamat mencuba!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down