Sebut sahaja grand mirror, rata-rata penggemar dekorasi rumah memang cukup mengenalinya. Mana tidaknya, penggunaan grand mirror mampu membuatkan sesebuah rumah itu lebih menarik dan nampak ceria.
Ramai beranggapan, untuk mengubahsuai rumah sudah pasti memerlukan bajet yang agak besar. Namun, jika anda seorang yang kreatif, berbekalkan barangan yang diberi dari kedai ECO sahaja sudah cukup membuatkan rumah kelihatan lebih menarik.
Seperti yang dilakukan oleh pemilik rumah ini yang bernama Abdul Hakim Aziz, beliau telah melakukan projek diy grand mirror pada ruang makan rumahnya hanya guna cermin dari kedai Eco sahaja.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian projek DIY yang menarik ini.
Bahan - bahan :
Cermin yang digunakan adalah cermin kedai ECO berukuran 30cm x 40cm dan berharga RM10.50 seunit. Kalau rajin, buka frame satu persatu dan buat frame guna wainscoting.
Casing cable PVC bersaiz 40mm berharga RM3.00 sebatang (6 kaki panjang).
Cat dulux yang digunakan. Cantik, tak berbau dan nice.
Bahagian ruang dinding yang mahu dipasang grand mirror tersebut.
Langkah pertama ukur dan design dahulu dalam autocad dan lakarkan pada dinding.
Apabila semua sudah dibentuk dan dilakar, teruskan proses penampalan cermin pula.
Perkara penting dalam melakukan proses ini adalah perlu menampal masking tape supaya cermin tersebut tidak tercabut dan jatuh.
Cara tampal seperti yang tertera dibawah.
Proses penampalan sudah siap. Pastikan cermin disusun dalam keadaan betul.
Langkah seterusnya, tampal filler pada penyambungan dan guna kertas pasir bagi memastikan permukaan kelihatan smooth.
Setelah semua langkah diatas selesai. Seterusnya pula adalah proses mengecat.
Keadaan dinding pada ruang makan setelah selesai dipasang grand mirror.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu anda mendekorasikan rumah supaya kelihatan cantik berseri dengan gaya tersendiri.
Semoga bermanfaat.