DIY Iron Wall Art Mudah Dan Simple

559 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Buat anda peminat Do It Yourself ataupun lebih dikenali sebagai DIY, sememangnya banyak perkara yang anda ingin lakukan sendiri seperti menghias rumah, membuat pintu rumah dan sebagainya. Hal ini kerana ianya dapat membantu untuk menjimatkan kewangan anda serta anda boleh buatkan khas berdasarkan kreativiti anda. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai diy iron wall art mudah dan simple.

Bagi anda yang kaki DIY, Puan Norpadilah Binti Afandi sememangnya tidak asing lagi bagi peminat DIY kerana beliau telahpun banyak bagi idea serta tunjuk ajar yang begitu kreatif dalam menghiasi sendiri barangan di dalam rumahnya. Menurut perkongsian daripadanya, beliau telahpun diy faux medallion ataupun bahasa mudahnya adalah iron wall art yang kelihatannya sangat senang dibuat namun memerlukan skill dan minat untuk membuatnya.

Jom kita sama-sama ikuti perkongsian daripada beliau :

DIY Iron Wall Art :

DIY challenge namanya, selalu tgk mem obersea buat diy faux medallion atau iron wall art mcm senang...kita cuba asah skill.
Dari try and error yg kita dah cuba, dari diy2 triftstore yg kita kaji cara memotong pagar plastik ni macam senang. Dari guna gunting, guna pulak pisau. Pada pandangan kita kalau kita nak cuba potong tanpa alatan atau gadget yang betul. Cara memanaskan hujung pisau la yang paling mudah. Pada akhirnya.
So inilah hasil 1st attempt kita eh. Compang camping sikit, tapi tak apa. Banyak kita boleh belajar dan improve lagi lepas ini insyaAllah.

Langkah-Langkah Pembuatan :

 

1. Anda boleh membeli pagar plastik hiasan ini yang ada dijual di kedai ecoshop.
2. Seterusnya, panaskan hujung pisau itu supaya dapat memudahkan untuk memotong pagar plastik tersebut.
3. Selepas anda betul-betul yakin yang hujung pisau tersebut telahpun panas, potong pagar plastik itu mengikut cita rasa yang anda inginkan.
4. Susunkan kepingan pagar tersebut menghasilkan bentuk seperti gambar di bawah menggunakan hot glue gun.
5. Beliau hanya menggunakan pintu lama sahaja. Hal ini dapat menjimatkan lagi bajet anda.
6. Cat comot-comot guna cat air apa-apa brand. Jangan tanya kenapa bukan dua layer, tiga layer, berlayer-layer nak bagi kilat nak bagi sekata...jawapannya sbb kita nak nampak RUSTIC.
7. Touch up tompokkan cat minyak warna wood stain utk effect lebih rustic.
8. Sangkut faux iron tadi guna paku dan balas gam guna hotglue utk lebih kukuh.
Tadaaa hasilnyaa sangat cantik serta anda boleh letakkan di sudut rumah anda agar kelihatan lebih cantik lagi.
Diharapkan dengan perkongsian ini membuatkan anda lebih bersemangat untuk DIY tauu.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down