DIY Jam Dinding Kelihatan Mewah Hanya Bermodalkan RM5!

1,153 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Jam dinding adalah hiasan yang sempurna untuk hampir setiap bilik. Hal ini demikian adalah kerana peranan jam dinding itu sendiri. Jam dinding dapat membantu anda menguruskan masa dengan baik.

Pada masa yang sama, ia juga berfungsi sebagai hiasan untuk ruang tertentu itu. Di sini, kami ingin kongsikan satu idea diy jam dinding yang amat mudah hasil sumbangan Nurfatin Liyana Mohd Noor. Hasilnya memang menarik, unik, dan nampak mewah!

DIY Jam Dinding Yang Simple

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  1. Jam = RM5.00 (Beli di Tesco masa diskaun. Kalau nak guna jam dinding sedia ada pun boleh)
  2. Chopstick = RM2.70 dari Mr DIY
  3. Garfu = RM1.90 (Boleh juga gunakan sudu plastik)
  4. Spray = dah ada di rumah. (Boleh beli dari Mr DIY)
  5. Gam tembak
  6. Manik/ cermin = untuk hiasan kelip-kelip

CARA-CARANYA:

1. Spray chopstick dan garfu.
Mula-mula, spray kan chopstick dan garfu plastik dengan warna hitam. Kalau nak warna lain pun boleh. Terpulang pada kreativiti anda.
2. Begini hasilnya. Tunggu ia kering.DIY Jam Dinding3. Lekatkan chopstick.
Seterusnya, tandakan sedikit tempat untuk kita gamkan chopstick tadi pada belakang jam. Ikut kedudukan nombor 1 hingga 12.
4. Lekatkan garfu plastik.
Seterusnya, lekatkan garfu plastik tadi di antara 2 chopstick.Yang ini kedudukannya lebih kurang agak-agak pun boleh. Kalau nak tanda pun boleh juga.DIY Jam Dinding
5. Biarkan kering sekejap. Nampak cantik kan? Kejap, belum siap lagi

6. Bubuh manik

Akhir sekali, kita make-up kan sikit dengan manik biar nampak cantik dan mengerlip. Tampalkan juga dengan gam tembak tadi. Kalau nak gunakan kepingan cermin atau apa-apa bahan lain pun boleh.DIY Jam Dinding
7. Hasilnya.
Bolehlah gantungkan di ruang yang sesuai.
DIY Jam Dinding
Ternyata, walaupun tanpa modal yang tinggi, idea dekorasi ini berjaya menaikkan lagi seri ruang rumah anda.

Mudah saja nak buat, kan? Selamat mencuba!

Kredit:  Nurfatin Liyana Mohd Noor

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down