Memiliki dapur yang cantik, kemas dan kelihatan mewah merupakan impian setiap suri rumah. Dapur yang cantik akan menghadirkan perasaan yang seronok dan selesa ketika memasak.
Walaupun dapur rumah kita pada ketika ini lama dan lusuh, namun, itu bukanlah alasan untuk tidak menukarkan dapur tersebut kepada gaya baru.
Projek ubahsuai dan pemasangan dapur ini telah dilakukan oleh seorang wanita yang bernama Alia Nur. Beliau telah menghasilkan DIY kabinet dapur IKEA kepada gaya moden yang cukup simple dan menarik.
Jom sama-sama kita saksikan perkongsian DIY yang dilakukan oleh wanita ini.
Alhamdulillah siap juga Kabinet dapur bawah 1.5k (RM 1500) Kabinet bajet, DIY, simple, berpatutan dan berbaloi-baloi.
Sebenarnya boleh dapat bawah 1k, tapi tukar sinki dan tombol yang lain sikit.
Keadaan dapur sebelum proses ubahsuai dilakukan. Sebelum ini hanya dapur bajet yang simple dengan tong gas berada dibawah sinki.
Pemasangan kabinet dapur jenis knoxhult mula dilakukan.
Saiz singki yang digunakan itu jenis dalam dan besar sedikit, kalau basic punya dekat IKEA lebih murah dalam RM 130 sahaja.
Beli knob jenis besar sedikit macam ini, boleh buat sangkut benda keperluan. Harga pula RM 18.70/2 pcs.
Keadaan kabinet dapur semasa proses DIY sedang giat lakukan.
Keadaan kabinet dapur setelah pemasangan selesai dilakukan.
Keadaan kabinet dapur selepas barangan dapur seperti barangan memasak telah diletakkan dengan kemas diatas kabinet.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat membantu semua pembaca dalam cuba untuk memasang sendiri kabinet dapur rumah.
Semoga bermanfaat.