Aktiviti DIY ni sememangnya sudah viral. Bukan sahaja di Malaysia malah luar negara juga. Banyak barang terpakai yang boleh kita DIY. Sebagai contoh kayu pallet atau kayu terbuang. Kayu-kayu yang terbuang sebenarnya banyak je yang masih elok. Cuma kita sendiri kena pandai cari dan pilih. Nak buat apa dengan kayu tu atas kreativiti kita sendiri.
Macam perkongsian daripada seorang warga TikTok ini carpentermalaya, beliau ada menunjukkan projek DIY kayu terbuang dengan bapanya. Mari kita baca perkongsian daripada beliau.
Lepas dah dapat kayu apa yang perlu dilakukan adalah leraikan terlebih dahulu. Buang semua paku yang ada.
Kemudian potong kayu ikut ukuran saiz yang diperlukan.
Guna apa-apa jenis kertas pasir untuk melicinkan permukaan kayu. Supaya nanti hasilnya lebih cantik dan bermutu. Disini mungkin mengambil sedikit masa sebab kena teliti. Tapi tidak mengapa asalkan hasilnya nanti nampak kemas dan cantik.
Dah siap licinkan permukaan kayu baru la boleh cantum.
Dan tadaaa dah siap rak kasut DIY dari kayu yang terbuang. Jimat duit tak payah beli rak kasut dah.
Selain daripada tu boleh buat macam-macam lagi perabot seperti bangku, meja makan, meja hiasan dan lain-lain
Itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga terinspirasi dan beri manfaat kepada anda semua.