Kos buat "kitchen island" hanya rm300? Biar betul? Macam tak boleh percaya tapi sebenarnya betul! Bajet sahaja hanya rm300 sahaja menurut perkongsian daripada @yatt_azml melalui laman sesawang twitternya dan semuanya adalah DIY.
Kitchen island ini merupakan impian kepada setiap wanita yang berada di rumah. Jika tiada kitchen island pasti dapur tersebut tidak lengkap dengan kabinet yang akan memperlihatkan ruang dapur yang kemas dan teratur.
Jadi hari ini, Giler Deco ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara-cara diy kitchen island. Kos buat "kitchen island" hanya rm300 sahaja dan barang juga senang untuk didapat. Jom kita ikuti cara-cara untuk membuatnya.
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak? Tak apa, DIYÂ sahaja
Semua ini saya buat sendiri dan beli dari IKEA. Total dalam RM 300 sahaja
Island ni kita akan gunakan chopping board, sangatlah penting untuk kita ada treatment oil tu. Tujuan dia untuk elakkan board itu cepat rosak or patah. Cara dia lap saja oil tu guna kain atau tisu sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau hari-hari guna jadi buat lah 2 minggu sekali.
Guna L bracket dengan skru kan sahaja. Cari dekat hardware ada jual dalam RM 3 seketul.
Kitchen island ini merupakan impian setiap perempuan or isteri. Jadi kepada encik suami tu, kalau tak tahu nak bagi hadiah apa untuk isteri, sediakanlah dia kitchen island ini. Makin rajinlah si isteri itu masak nanti. Tiap hari ada sahaja resepi baru dia akan buat suami untuk tercinta.
Itu sahaja perkongsian daripada Giler Deco pada hari ini. Di harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu dan inspirasi kepada anda ingin membuat "kitchen island" ini dengan jayanya. Semoga bermanfaat .