DIY Laundry Corner Yang Cantik Dilakukan

2,748 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap penghuni rumah ini sudah pasti akan melakukan laundry corner atau juga ruangan landry di setiap sisi rumah. Kadang dengan mengasingkan ruangan laundry ini dapat memudahkan kita untuk melakukan kerja-kerja membasuh baju dengan mudah, cepat dan senang.

Seperti yang dikongsikan oleh Tina Rozubi ini, beliau telah mengambil inisiatif untuk mencantikkan bahagian laundry corner di rumah beliau dengan cara DIY. Caranya adalah dengan melakukan sebuah lukisan seakan-akan batu bata pada bahagian dinding tersebut.

Jom kita lihat bagaimana proses DIY ini dilakukan dan apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat proses tersebut.

DIY Laundry Corner Yang Cantik Disertakan Dengan Kecantikkan Lukisan Batu Bata

Project laundry corner 

Kedai batu bata banyak tutup, so kat lukis jelah. Mendobi perlu good mood ualss! 

P/s : Sidai baju di ampaian bwh matahari yer, baru baju ranggup & tak ada kuman.

Proses Untuk Melakukan DIY Laundry Corner Lukisan Batu Bata

Bahagian laundry corner kami yang asalnya tanpa apa-apa projek atau ubahsuai dilakukan. Yang asal dah okay namun untuk nampak lebih berseri-seri, projek laundry corner akan dilakukan.

DIY Laundry Corner

Proses dilakukan dengan mengecat bahagian ini dengan warna oren. Sebab nak buat ala-ala dekorasi batu bata, warna oren sememangnya menjadi pilihan.

DIY Laundry Corner

Nak beli batu bata sekarang harga terlampau mahal. Jadi, solusi yang lain adalah dengan melukis agar ia kelihatan seakan-akan batu bata. Jimat kos dari beli batu bata tapi kena rajin sikit lukis semua ini.

Gigih melukis. Hasil tu semakin nampak.

DIY Laundry Corner

Selepas siap semua proses mengecat dan melukis batu bata ini. Susunkan balik semula mesin basuh dan letakkan sedikit dekorasi yang cantik macam pokok-pokok bunga untuk kelihatan menawan.

DIY Laundry Corner

Alhamdulillah, siap juga DIY bahagian laundry corner ini. Gambar di bawah ini adalah pandangan daripada bahagian dalam rumah. Simple sahaja proses dilakukan ini namun pandangan bahagian ini sekarang dah cantik.

DIY Laundry Corner

Sumber : Tina Rozubi

Sangat jimat dan cantik. Tak perlu nak beli batu bata dan upah orang lain. Kalau anda rajin dan kreatif, semua benda boleh jalan. Semoga perkongsian kali ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua.

Semoga bermanfaat!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down