DIY Pondok Kayu Gazebo Untuk Isteri Tercinta

2,557 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pondok kayu atau lebih dikenali sebagai gazebo boleh dikatakan sudah popular dari zaman dahulu lagi. Apa yang membezakan pondok kayu zaman dahulu dan kini adalah dari segi konsep sahaja. Pada zaman kini, bentuk dan warna yang digunakan lebih kepada moden simple.

Disebabkan isterinya yang bernama Hafizah Hashim ini menginginkan gazebo. Beliau tanpa berfikir panjang terus menunaikan hasrat isterinya untuk memiliki dengan menghasilkan DIY pondok kayu.

Biasanya gazebo ini sering dijadikan tempat melepak dan bersantai pada waktu petang dan malam. Gazebo juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk berkhelah seisi keluarga disamping menghirup udara segar diluar rumah.

Jadi, jom sama-sama kita saksikan perkongsian dengan lebih lanjut dibawah ini.

DIY Pondok Kayu Gazebo Untuk Isteri Tercinta

Gazebo ‘6x8’ homemade.

Mula-mula ajak pak encik beli gazebo yang sudah siap punya. survey-survey harga ishh boleh tahan. tu pun saiz tak besar mana dan tak muat. Maklum la askar ramai.

Jadi, pak encik menawarkan dirinya nak buat sendiri. haaa puas hati la. boleh duduk ramai org. port kami anak beranak lepak dan bersantai malam-malam.

Proses cantuman kayu untuk dijadikan kerangka atap.

DIY Pondok Kayu Gazebo

Proses pemasangan kayu dilakukan.

DIY Pondok Kayu

Pemasangan atap dilakukan.

DIY Pondok Kayu

Proses menyapu syelek dilakukan bagi memastikan kayu yang digunakan akan bertahan lama dari serangga pemakan kayu.

DIY Pondok Kayu

Hasil setelah projek DIY ini berjaya dilakukan dengan jayanya.

DIY Pondok Kayu
DIY Pondok Kayu
DIY Pondok Kayu

Itu sahaja perkongsian pada kali ini. Diharap projek DIY pondok gazebo ini mampu memberi inspirasi kepada pembaca diluar sana.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down