DIY Pondok Kayu "Gazebo" Untuk Isteri Tercinta

2,223 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Pondok kayu atau lebih dikenali sebagai gazebo ini memang sudah popular dari zaman dahulu kala lagi. Apa yang membezakan pondok kayu zaman dahulu dan kini adalah dari segi konsep sahaja. Pada zaman kini bentuk dan warna yang digunakan lebih kepada moden simple. Perkongsian kali ini adalah dari Hafizah Hashim yang ingin berkongsi mengenai diy pondok kayu "gazebo" untuk isteri tercinta.

Biasanya gazebo ini sering dijadikan tempat melepak dan bersantai pada waktu petang dan malam. Gazebo juga sangat sesuai dijadikan tempat untuk berkhelah seisi keluarga disamping menghirup udara segar diluar rumah.

Jom sama-sama kita saksikan perkongsian yang ingin dikongsi olehnya.

Lelaki Ini DIY Pondok Kayu "Gazebo" Untuk Isteri Tercinta :

Gazebo ‘6x8’ homemade.
Mula-mula ajak pak encik beli gazebo yang sudah siap punya. survey-survey harga ishh boleh tahan. tu pun saiz tak besar mana dan tak muat. Maklum la askar ramai.
Jadi, pak encik menawarkan dirinya nak buat sendiri. haaa puas hati la. boleh duduk ramai org. port kami anak beranak lepak dan bersantai malam-malam.

Ini adalah semasa proses cantuman kayu untuk dijadikan kerangka atap.

Ini pula adalah semasa proses pemasangan kayu untuk dijadikan kerangka atap.

Ini pula adalah semasa pemasangan atap untuk pondok kayu gazebo ini

Ini pula adalah semasa pemasangan kerangka untuk gazebo.

Ini adalah semas proses diy sedang giat dijalankan.

Ini adalah semasa proses menyapu syelek dilakukan bagi memastikan kayu yang digunakan akan bertahan lama dari serangga pemakan kayu.

Ini adalah selepas projek diy ini selesai dilakukan dengan jayanya.

Inilah hasil yang diperoleh setelah bertungkus-lumus dalam menyiapkan pondok kayu gazebo ini secara diy.

Ini adalah keadaan gazebo dari sudut padangan lain setelah proses diy selepas dilakukan dengan kemas dan cantik.

Itu sahaja perkongsian untuk pada kali ini. Diharap diy pondok gazebo ini mampu memberi inspirasi kepada anda dalam cuba tunjuk membuatnya di rumah.

 

Adakah perkongsian ini bermanfaat? Untuk save post, klik LOVE & simpan di profil anda untuk rujukan masa hadapan.
Diterbitkan pada
Mac 22, 2021
Dikemaskini pada
September 5, 2021
Topik

Deko Raya 
Bersama Giler Deco

Raya tahun ni pasti meriah tanpa PKP. Pastikan rumah anda tip top dengan inspirasi deko rumah sempena raya di Giler Deco
Dapatkan Inspirasi Raya Anda

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down