DIY Rak Dapur Kayu Kepada Rak Floating TV

628 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Murah, jimat! itulah yang dapat Giler Deco ucapkan apabila melihat kreativiti yang dihasilkan oleh saudara Zuan Gsr hanya dengan menggunakan rak dapur. Projek diy transformasi rak dapur kayu kepada rak floating tv yang menarik ini patut dijadikan inspirasi kerana tidak memerlukan bajet besar.

Bagi anda yang mempunyai rak lama yang sudah tidak digunakan boleh lah mencuba dirumah lagi-lagi anda yang mempunyai tv gantung. Jika rak anda lusuh dan nampak agak lama boleh saja ada mengecatnya semula supaya nampak baru dan lebih meriah.

Kebanyakan orang yang mempunyai rak lama yang tidak digunakan biasanya dibuang begitu sahaja. Jadi tidak salahnya kalau anda kitar semula perabot lama itu dan jadikannya satu design lain yang menarik seperti apa yang dilakukan oleh saudara kita ini. Untuk gambar yang lebih dekat dan jelas boleh tengok dibawah ini.

Diy Rak Dapur Kayu Kepada Rak Floating Tv :

transformasiMenarik bukan apa yang dilakukan oleh saudara kita ni. Bagi yang berminat bolehlah cuba membuatnya dirumah. Itu sahaja yang dapat dikongsikan oleh Giler Deco untuk anda semua pada perkongsian untuk hari ini. Semoga dengan perkongsian diy yang menarik ini akan dapat memberi idea dan sumber inpirasi yang lebih kreatif kepada anda dalam mengitar semula barangan atau perabot lama dari dibuang begitu sahaja. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat kepada anda semua. Selamay mencuba ya.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down