DIY Ruang Dapur Gaya Moden Di Rumah Kampung

12,991 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Suasana pkp sekarang ini pasti ramai diantara kita ini terasa sangat bosan duduk dirumah. Apabila ada waktu lapang ini, lebih baik untuk kita melakukan apa jua aktiviti yang boleh dilakukan dirumah. Contohnya, pasangan ini yang melakukan DIY ruang dapur yang bergaya moden dirumah kampung.

Seorang lelaki yang bernama Azizi Anuar bersama isterinya ini telah melakukan DIY ruang dapur dikampung tersebut. Walaupun hanya tinggal dirumah papan namun beliau tetap tak nak ketinggalan dengan design dapur moden yang terbaru.

Azizi Anuar telah berkongsikan hasil diy tersebut didalam grup Dekorasi Rumah Idaman di media sosial facebook. Perkongsian tersebut mendapat reaksi yang sangat positif daripada ahli grup tersebut. Jom kita tengok perkongsian daripada beliau.

Pasangan Melakukan DIY Ruang Dapur Moden Bajet Nampak Mewah

Diy ruang dapur a-z berdua dengsn wife....walau pun hanya rumah papan....tetap xnk ketinggalan dgn design2 dapur moden

Proses melakukan DIY dirumah kampung

Berikut merupakan keadaan apabila diy ini dilakukan. Sangat bersepah sana sini, biasalah awal-awal untuk melakukan.

DIY Ruang Dapur

Inilah dia rupa awal-awal kami melakukan table top ini. Berlapik dengan kayu dahul sebelum kami pergi ke proses seterusnya.

DIY Ruang Dapur

Seterusnya ialah pemasangan laci dan juga drawer pada bahagian bawah meja tersebut.

Satu per satu proses memasang pintu untuk meja tersebut.

DIY Ruang Dapur

Masih lagi dalam proses, kali ini dengan melakukan sedikit kemasan pada bahagian almari tersebut.

Setelah hampir siap, lakukan sedikit kemasan pada bahagian permukaan meja tersebut.

DIY Ruang Dapur

Hasil Akhir DIY bahagian ruangan dapur

Akhirnya! Siap juga bahagian ruangan dapur kami ini. Sangat letih namun berbaloi dengan titik peluh kami melakukannya. Untuk permukaan dapur tersebut, saya mengginakan wallpaper sahaja.

DIY Ruang Dapur
DIY Ruang Dapur

Sumber : Azizi Anuar 

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down