DIY Shiplap Bertemakan Merah Firebush, Simple Dan Elegan

Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Shiplap merupakan salah satu panel dindingĀ  yang tidak asing lagi buat pencinta dekorasi rumah. Selain boleh dilakukan sendiri di rumah, barang-barang yang digunakan untuk membuat shiplap juga senang didapati dan murah. Berbekalkan bajet bawah RM400, siapa sangka pasangan ini mampu menghasilkan shiplap bertemakan merah firebush secara diy sahaja.

Perkongsian daripada Baizura Abd Aziz ini meraih lebih 300 tanda suka dan 100 perkongsian di Facebook. Jom kita ikuti hasil shiplap diy beliau dan suami yang begitu elegan dan menarik ini.

 

Alhamdulillah, hasil kerja kami suami isteri untuk menyiapkan shiplap. Proses lebih kurang seminggu. Sepatutnya 3 atau 4 hari dah siap. Tapi biasalah buat sambil santai-santai sahaja.

 

Barang-barang yang digunakan:

  1. Mdf board 60 keping ( keluasan 10 x 12 ) -RM137
  2. Gam 4 botol -RM39.40
  3. Ā Cat putih 7 liter -RM48
  4. Cat Nippon Q-Glo kod warna Firebush 2 tin -RM96
  5. Filler -RM5.50
  6. Batang aiskrim -RM2.00

Jumlah keseluruhan: RM380

Proses DIY shiplap bertemakan merah Firebush:

 

Keadaan dinding sebelum shiplap dipasang.

MDF board dipasang pada dinding kosong tersebut.

Kesemua MDF board yang telah dicantum dengan menggunakan filler dan dilekatkan pada dinding.

MDF board dicat dengan menggunakan cat Nippon Q-Glo kod Firebush.

Hasil MDF board yang telah dicat sepenuhnya.

Inilah hasil akhir panel shiplap berona merah firebush yang menaikkan seri ruang tamu rumah beliau. Ditambah pula dengan lampu bercahaya lembut dan pemilihan warna aksesori ruang yang serba merah, memang tidak dinafikan ianya juga nampak lebih elegan dan mewah.

Itu sahaja perkongsian pada kali ini, Giler Deco berharap perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari idea dan inspirasi untuk dekorasi ruang rumah. Sekiranya anda suka artikel ini, jangan lupa kongsikan ya!

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
Ā© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
ā€¢ Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down