DIY Simen Batu Di Rumah Untuk Dijadikan Laluan Jalan Kaki

16,489 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Anda semua pastinya tahu akan laluan jalan kaki yang bersimen berbatu kecil kan? Biasanya akan ada dibahagian lorong atau bahagian jalan kaki ditempat yang tertentu. Jadi, hari ini min ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk melakukan diy simen batu ini dirumah.

DIY ini dilakukan oleh Zuraida Zainon dan telah dikongsikan didalam grup facebook " Deco Rumah Ku Syurga Ku". DIY ini merupakan projek diy yang pertama beliau dan dilakukan bersama dengan anak-anak beliau.

Jika anda berminat untuk melakukan DIY lantai simen yang berbatu ini boleh rujuk perkongsian daripada beliau ini. Jom kita tengok perkongsian daripada Zuraida Zainon ini.

Wanita Kongsikan Hasil DIY Simen Batu Rumah Dilakukan Waktu PKP

Bosan sangat sampai tidak tahu nak buat apa untuk waktu PKP ini, jadi datanglah idea untuk membuat projek DIY simen batu laluan jalan kaki yang selalu ada diluar.

Projek ini lebih ceria dilakukan oleh 2 orang anak tercinta yang join sekali membantu membuat DIY ini.

Bahan-bahan yang diperlukan :-

Cara Untuk Melakukan DIY Laluan Simen Ini

1. Pertama sekali, ambilkan dawai petak tu dan letakkan memanjang pada tempat yang hendak diletakkan simen.

DIY Simen Batu

2. Anak-anak tawar diri untuk gaulkan simen ni. Lagi ramai lagi senang dan cepat untuk disiapka sambil beriadah dengan mereka.

DIY Simen Batu

3. Pada kawasan dawai tadi, letakkan simen yang dibancuh tadi. Ratakan permukaan simen tadi. Anak-anak kecil ni pula nak sangat letak batu tu. Saya bagi jer alang-alang diorang suka sangat.

4. Buatlah apa corak pun anak-anak. Taman ni kamu yang punya. Hehehe

Hasil Akhir 

Tadaaaa! Inilah dia rupa dan hasil akhir lantai simen batu yang dilakukan oleh kami sekeluarga ini. Terima kasih anakku kerana menolong membuat DIY ini.

DIY Simen Batu

Sumber : Zuraida Zainon

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down