DIY Stor Luar Rumah Yang Terlindung Dari Pandangan Orang

53,984 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah pasti mempunyai stor atau dikenali sebagai bilik tempat simpanan barang kan? Stor merupakan satu elemen yang sangat penting didalam setiap rumah. Peranan stor di rumah  adalah untuk kita meletakkan barangan agar mudah untuk digunakan dan diorganisasikan.

Namun, untuk yang tiada bilik untuk simpanan barang ni mesti fikir macam mana nak ada stor kan? Jangan risau kerana anda boleh membuat diy stor luar rumah diluar rumah yang terlindung hasil perkongsian daripada Syasya Safiyya didalam laman sosial Facebook.

Stor ini walaupun berada diluar namun ia juga terlindung. Bermakna barang anda yang letak diluar akan tertutup dan juga selamat. Macam menarikkan? Jom kita tengok perkongsian daripada syasya dibawah ini.

DIY Stor Luar Rumah Yang Terlindung. Senang Nak Simpan Barang Yang Banyak

Nie stor kat rmh, Tapi stor nie wat kat garaj. Kalu orang lalu depan rumah, memang tak akan perasan langsung ada stor kat garaj. Alhamdulillah, dah 2 tahun dah stor nie. Setiap rak tu, orang dewasa naik duduk pun tak runtuh, memang kukuh dan kuat

DIY STOR DILUAR RUMAH YANG TERLINDUNG

LANGKAH 1

Sebelum itu, ukur dahulu lebar dan juga ketebalan yang sesuai pada plywood tersebut. Untuk menampung plywood tersebut, saya guna bracket aircond. 1 keping tu harganya RM7 sahaja.

diy stor luar rumah

LANGKAH 2

Setelah selesai letak kedudukan plywood, kami gunakan engsel kecil ini untuk membuat bantuan (support) untuk plywood menampung berat.

LANGKAH 3

Kemudian, kami membuat pintunya pula dengan plywood yang dah dipotong.

diy stor luar rumah

Pintu ini menggunakan engsel pintu yang panjang untuk proses buka dan tutup.

Selain engsel, mahu guna damper kabinet (hydraulic) pun lagi okay. Senang nak buka dan tutup.

LANGKAH 5

Yang paling last sekali adalah proses mengecat stor ini. Anda boleh mengecat warna apa yang anda inginkan. Saya menggunakan cat minyak warna putih sebab sama dengan rumah saya...hehehe

Inilah hasilnya

diy stor luar rumah
diy stor luar rumah

Macam mana dengan perkongsian daripa syasya ini? Kreatifkan? Mudah ada stor begini. Boleh simpan barang-barang yang lebih. Nampak kemas dan terlindung.

Untuk keselamatan, boleh membeli kunci agar barang selamat berada diluar. Hanya untuk peringatan. Diharap ini dapat menjadi inspirasi buat anda semua.

Sumber : syasya safiyya

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down