Status bujang bukanlah menjadi halangan untuk anda dalam cuba untuk mendekorasikan tandas anda dengan konsep dan gaya baru secara diy. Memiliki tandas yang cantik mampu membuatkan rumah anda kelihatan ceria dan anda juga selesa apabila menggunakan tandas. Perkongsian kali ini adalah dari Faten Alekz. Perkongsian di kongsi adalah mengenai diy tandas rumah bujang guna konsep "elegan black".
Tandas adalah satu tempat yang anda selalu guna tidak kira pada waktu pagi, siang mahupun malam. Jadi tidak salah sekiranya anda mahu menjadikan tandas anda satu tempat yang cantik dan menarik bagi memastikan keselesaan untuk anda sendiri.
Dekorasi dan diy rumah atau tandas ini tidak semestinya anda perlu berumah tangga dahulu baru dapat mendekorasi dan diy tandas anda. Jika anda bujang sekalipun , anda juga berhak untuk diy tandas rumah anda supaya kelihatan cantik, menarik dan selesa untuk digunakan. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian yang dikongsikan oleh wanita ini.
Ini adalah keadaan ruang tandas sebelum proses pengubahsuaian dilakukan dengan cara diy. Walaupun anda mempunyai ruang tandas yang terhad. Itu bukanlah menjadi isu untuk anda dalam cuba diy tandas anda dengan konsep dan gaya baru. Semunya bergantung pada keinginan anda jika mahu diy tandas rumah anda,
Ini adalah keadaan tandas selepas proses mengubahsuai selesai dilakukan dengan cara diy. Meskipun memiliki ruang tandas yang terhad. Dekorasi dan konsep yang diterapkan sangat menarik untuk dilihat. Konsep yang digunakan adalah elegan black.
Ini adalah keadaan tandas dari sudut pandangan lain selepas proses diy selesai dilakukan.
Itu sahaja perkongsian yang ingin dikongsi oleh Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam cuba mendiy tandas rumah anda.