DIY Tempat Simpan Bola Daripada Barangan Kedai ECO

142 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Siapa kata bahawa dengan menggunakan barang keda ECO boleh membuat sebuah DIY yang kreatif dan bernas? Sebenarnya boleh jika anda berfikiran luar daripada kotak untuk buat sebuah DIY yang lain daripada yang lain macam yang dilakukan oleh Mohamad Efandi Ismail. Beliau melakukan sebuah DIY tempan simpan bola yang kelihatan nampak premium.

Hasil tersebut telah pun dikongsikan didalam sebuah grup Facebook " Kelab Kaki DIY". Ia punya diy yang kreatif dan bernas tu telah pun mendapat pujian orang ramai yang menyatakan bukan senang nak buat diy luar kotak lebih lagi guna barang ECO. DIY yang dilakukan juga dapat memberikan idea untuk orang lain mengambil inspirasi daripada hasil yang dilakukan.

DIY Tempat Simpan Bola Yang Paling Simple Menggunakan Barang Kedai ECO Jer

Diy tempat simpan bola. Barang2 beli dekat kedai Eco. Spray hitam kasi cun sikit

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat DIY Ini

  • Penapis
  • Spray Hitam
  • Kayu
  • L Bracket
  • Skru

Sebelum & Selepas DIY Tempat Simpan Bola Ini Dilakukan

Sediakan bahan-bahan tersebut. Okay, untuk step dia boleh follow jer macam ni.

  1. Skrukan penapis terlebih dahulu pada L bracket
  2. Ambilkan kayu dan skrukan pula L bracket pada kayu tersebut
  3. Skrukan dengan ketat dan kemas agar kukuh
DIY Tempat Simpan Bola

Tadaaaa! Inilah dia hasilnya sebuah DIY tempat untuk simpan bola yang kreatid ini. Nak lagi nampak premium boleh spraykan warna hitam macam dalam gambar kat bawah tu.

DIY Tempat Simpan Bola

Memberikan Idea Yang Bernas Untuk Orang Lain

Selain itu juga, DIY sebegini telah pun memberikan idea yang bernas untuk orang lain. Bukan sahaja sebagai tempat simpan bola namun boleh dijadikan juga sebagai tempat simpan bawang, simpan helmet dan sebagainya.

Kredit : Mohamad Efandi Ismail

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down