DIY "Wall Bouquet" Tempat Letak Bunga. Hasilnya Sangat Memuaskan

478 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Hari Sabtu merupakan hari anda berehat daripada melakukan sebarang aktiviti pekerjaan. Namun begitu, apa kata sekiranya anda meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti mengajak mereka kemas rumah, memasak atau menolong anda DIY barang agar fikiran mereka makin kreatif.

Buat anda yang peminat bunga, artikel ini mungkin menarik minat anda untuk membuat DIY Wall Bouquet ini. Projek ini telah dikongsikan daripada Puan Norpadilah Binti Afandiiaitu pakar DIY bagi farmhouse. Sudah banyak projek yang telah dilakukan oleh beliau dan projek-projek yang dibuat olehnya sangatlah cantik dan kreatif. Jom kita sama-sama ikuti perkongsian beliau.

DIY Wall Bouquet Yang Simple Dan Menarik

DIY Wall Bouquet .
Wall bouquet idea ni paling mudah dan low cost untuk dicuba. Diy lama, tapi baru ada kesempatan untuk buat posting.
Biasanya kita guna papan signage beli di kedai Ecoshop je, tp utk posting step by step ni kita guna blok frame dari pintu lama.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
  1. Blok frame pintu terpakai.
  2. Bakul ecoshop.
  3. Skru dan hotglue gam.
  4. Span bunga dan bunga.
  5. Kain guni sbg hiasan tambahan(Terpulang kepada anda untuk menggunakannya atau tidak).

DIY Wall Bouquet

Langkah-Langkah melakukannya.

1. Potong separuh satu bahagian bakul yang dibeli di kedai Ecoshop.

2. Lekatkan skru di setiap penjuru bakul tersebut menggunakan drill untuk lebih senang.

DIY Wall Bouquet

3. Aksesori tambahan kain guni yang ditulis menggunakan marker pen Sharpie. 

4. Seterusnya, gamkan kain guni tersebut menggunakan Hotglue gun. 

DIY Wall Bouquet

5, Untuk penggantung, anda guna tali yg di staple mcm ni je.

6. Masukkan span bunga dan gubah bunga pilihan anda.

DIY Wall Bouquet

8. Versi aksesori tambahan, kepala paip.

DIY Wall Bouquet

 

Tadaaa, dah siapp. Mudah bukan nak buat DIY ni. Selamat mencuba.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca di luar sana.

Kredit : Norpadilah Binti Afandi

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down