Extend Dapur Rumah Teres Setingkat Hasilkan Kediaman Minimalis

28,299 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kalau bercerita mengenai rumah teres sudah pasti semua orang dapat membayangkan keluasan pada bahagian dapur rumah tersebut. Kebanyakan ruang untuk rumah teres sederhana memang agak terhad. Namun, sekiranya anda merasakan sudah semakin sempit disebabkan barangan bertambah, jika ada duit lebih, gunakan duit itu untuk membesarkannya supaya lebih selesa untuk digunakan.

Projek memperluaskan bahagian dapur ini telah dikongsikan oleh pemilik rumah ini yang bernama Noorasmawaty Yusoff. Menurut beliau, bajet keseluruhan yang dikeluarkan adalah sebanyak RM38 ribu bagi menjayakan proses extend dan ubahsuai rumah teres satu tingkat ini. Maka terhasillah rumah kediaman yang simple dan cantik seperti ini.

Jom sama-sama kita lihat gambar sebelum dan selepas rumah ini diubahsuai.

Extend Dapur Rumah Teres Setingkat Dengan Gaya Baru

Alhamdulillah penantian setahun. Baru dapat hasilkan deco rumah seperti ini. Banyak benda saya refer dalam group deco ini dan sangat membantu. Maka terhasilkan rumah teres setingkat gaya baru seperti ini.

Terima kasih semua.

Bahagian ruang tamu sebelum diubahsuai.

Extend Dapur Rumah Teres

Ruang tamu selepas diubahsuai.

deco rumah teres

Beginilah ruang dapur sebelum diperbesarkan sedikit.

deco rumah teres

Ruang dapur setelah berjaya di extend bertemakan warna hitam dan putih.

deco rumah teres

Ini pula bahagian tangga untuk naik ke bahagian loteng atas rumahnya.

deco rumah teres

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap dapat memberi idea untuk pembaca di luar sana dalam menghasilkan dekorasi pada rumah teres.

Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down