Apabila umur sudah semakin meningkat, pasti kita menginginkan satu tempat yang tenang untuk bersendirian dan menikmati suasana. Biasalah jika ada anak kecil yang ramai, suasana akan menjadi bising disebabkan oleh ragam anak yang bermain dan bergurau sesama mereka sambil menonton kartun kegemaran. Sebagai ibu, kita juga memerlukan satu tempat yang tenang dan santai tanpa gangguan untuk berehat.
Jadi, disebabkan hal demikian, ibu kepada dua orang anak ini yang bernama Nik Na telah memilih untuk melakukan extend rumah demi hasilkan kediaman ideal buatnya.
Tanpa berlengah lagi, jom kita lihat proses memperbesarkan rumah yang dilakukan ini.
Inilah kita panggil terapi buat mak-mak. Tak perlu yang terlampau mewah. Cukup menghargai penat lelah. Sini ruang mak berehat, mak tenangkan jiwa. Deco Simple-simple sahaja.
Anak-anak port tempat lain. Port lepak depan tv. Mak dah tua. Kadang mak bingit dengar suara-suara kartun tv.
Ini ruang tamu tambahan, khas buat mak tenangkan jiwa.
"Mak" tu saya sendiri la sebenarnya.
Pandangan bahagian luar rumah semasa proses extend dilakukan.
Proses mengecat bahagian atas dinding dilakukan.
Proses diteruskan dengan mengecat pada bahagian yang belum siap.
Anak-anak sambil tolong mengemas, sambil bermain.
Senang hati mak menjahit tanpa sebarang gangguan masa ni.
Ruang ini sudah siap diubahsuai. Tinggal proses mengemas sahaja.
Ruang berehat selepas selesai diubahsuai.
Sheer belum sempat pasang sebab tukang drill tak datang.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi sumber idea dan inspirasi kepada semua pembaca dalam cuba untuk ubahsuai rumah.
Semoga bermanfaat.