Viral Gambar Sebuah Rumah Runtuh, Rupanya Ini Puncanya

353 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Baru-baru ini, tular sekeping gambar di laman media sosial yang menunjukkan keadaan sebuah rumah runtuh dimusim

tengkujuh. Rata-rata netizen bingung bagaimana rumah rumah yang kelihatan sangat kukuh itu tiba-tiba boleh runtuh.

Jadi, daripada pengataman kami di Giler Deco, ianya boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jom terus ikuti bacaan di bawah ini.

Faktor Berlakunya Rumah Runtuh

Faktor Berlakunya Rumah Runtuh

1) Hujan Lebat Berterusan.

Salah satu faktor yang membuatkan rumah mudah runtuh adalah disebabkan hujan lebat yang berterusan. Hujan lebat mampu membuatkan tanah menjadi mendap dan tidak mampu menampung beban yang dibina di atas permukaannya tanah tersebut.

2) Struktur Tidak Kukuh.

Punca struktur tidak kukuh adalah disebabkan oleh pemaju yang tidak mematuhi syarat rekabentuk yang ditetapkan. Biasanya ianya terjadi disebabkan oleh sesetengah pemaju yang tidak jujur dan memilih jalan pintas untuk mengaut keuntungan dari hasil pembinaan rumah tersebut.

Hal ini kerana, kesan daripada insiden ini, pihak kontraktor yang akan bertanggungjawab diatas apa yang berlaku.

3) Pentingnya Tiang Kukuh.

Tiang merupakan salah satu komponen kerangka struktur. Tiang dibina supaya dapat menanggung beban daripada lantai dan rasuk yang kemudiannya dipindahkan kepada asas tapak.

Keselamatan rumah atau bangunan biasanya bergantung kepada kekuatan tiang itu sendiri. Kebanyakkan kejadian runtuhan rumah atau bangunan adalah disebabkan oleh kelemahan di dalam komponen tiang. Oleh itu pembinaan tiang ini amat penting dibina mengikut standard yang telah ditetapkan.

Setakat itu sahaja pengalaman yang mampu admin bahaskan berkaitan dengan runtuhnya sesebuah rumah dan bangunan.

Faktor yang diceritakan ini hanyalah mengikut fakta dan pengetahuan individu dan tidak melibatkan pihak kontraktor rumah pada gambar itu ya. Ianya sekadar iktibar untuk dikongsi bersama pembaca.

Kredit Gambar: Pemilik Rumah.

Info dan Fakta: RadBina Sdn.Bhd

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down