Selain menggunakan tembok dinding atau pagaran, inisiatif lain yang boleh kita guna adalah untuk mewujudkan privasi terhadap kediaman adalah dengan menggunakan tanaman pagaran.
Penggunaan tanaman seperti ini bukan saja boleh dijadikan fungsi privasi kediaman, bahkan boleh juga boleh membantu kediaman anda kelihatan cantik dan menceriakan.
Ada tanaman renek dan beberapa jenis pokok yang lebih sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran menggantikan tembok yang keras. Antara tanaman yang sesuai dijadikan pagaran adalah seperti dibawah.
1. Baphia Nitida
Tanaman pagaran ini kerap dijadikan sebagai pagaran kerana ia berupaya mencecah ketinggian lebih 2 meter. Tanaman ini diketegorikan sebagai pokok. Dikenali dengan nama Bafia atau Barwood, tanaman ini tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Yang paling penting, cantasan perlu dilakukan secra kerap untuk mengawal tumbesarannya agar tumbuh dengan cantik.
2. Carmona Retusa
Kalau dulu-dulu, Cormosa retusa atau nama tempatannya teh pagar ini kerap menjadi pilihan sebagai tanaman pagaran. Daun yang tidak terlalu lebat dan padat, menjadikan tanaman renek ini mudah dibentuk.
3.Duranta Gold
Duranta kuning mudah dibiak melalui keratan batang. Tanaman yang mempunyai bentuk daun seperti teh pagar namun sedikit lebar dan berwarna kekuningan. Menariknya, duranta mempunyai gugusan bunga berwarna ungu yang akan menghasilkan buah.
4.Ixora Siamensis
Ixora Siamensis dikenali dengan nama pokok jarum-jarum. Ia disebabkan oleh bentuk bunganya yang seakan jarum. Terdapat pelbagai warna bunga ixora seperti merah, putih, pink, kuning dan mempunyai madu. Kalau mahu dijadikan sebagai penarik serangga penghisap madu, pokok ini amat disarankan untuk dijadikan sebagai pagaran.
5. Ficus Benjamina/Nitida
Dua jenis tanaman ara ini sebenarnya dikategorikan sebagai pokok. Tetapi jika anda kerap memangkas, ia mampu mengawal kadar pertumbuhan dan saiznya untuk membentuk pagaran. Pohon ara ini selalunya dijadikan sebagai tanaman bonsai kerana tekstur daun dan dahannya mudah dilentur.
6. Gardenia Jasminoides
Pokok jasmin juga sesuai dijadikan sebagai tanaman pagaran kerana tekstur daunnya yang padat. Bunganya yang berwarna putih dan berbau harum boleh dijadikan sebagai terapi. Selain itu juga, bunganya juga kerap dijadikan sebagai teh untuk amalan perubatan tradisional.
7. Acalypha Siamensis
Acalupha siamensis dikenali dengan nama Teh Tehan. Kebiasaannya tanaman ini menjadi pilihan bagi tanaman berkonsepkan formal seperti taman-taman di istana Inggeris.
Baca juga: 10 Tanaman Gantung Hias Yang Sesuai Untuk Dekorasi Rumah Anda