Guna Shera Plank Hasilkan Pagar Rumah Versi Modern

36,053 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Penghasilan dekorasi pada pagar rumah dengan menggunakan Shera Plank pada masa kini sudah tidak asing lagi. Selain dari membuatkan pagar rumah kelihatan lebih menarik, privasi kita sekeluarga juga lebih terjamin.

Penghasilan pagar ini dilakukan oleh saudara Shahril Azhari Jumari, beliau telah memuat naik hasil dekorasi di laman Facebook miliknya baru-baru ini. Pasti ada yang tertanya-tanya apa itu shera plank kan? Kami akan terangkan di bahagian bawah ini.

Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Ubahsuai Pagar Rumah Guna Shera Plank

Apa Itu Shera Plank?

Shera plank merupakan hiasan seperti kepingan kayu yang boleh dilekatkan pada dinding luar rumah.

Shera plank diperbuat daripada bahan campuran simen dan fiber yang mempunyai ketahanan yang lebih kuat berbanding kayu untuk digunakan pada bahagian luar rumah.

Shera plank boleh didapati dalam pelbagai corak yang akan menjadikan rumah kelihatan lebih menarik.

Antara Kelebihan Shera Plank:

  •  Kalis Cuaca
  •  Kalis Api
  •  Kalis Air
  •  Tahan Panas
  •  Mudah Dipasang
  •  Proses pengecutan yang sangat sedikit
  •  Mengurangkan suhu rumah

Di atas adalah sedikit info mengenai Shera Plank. Jadi, jom kita ikuti sedikit perkongsian mengenai cara pemasangan Shera Plank pada pagar rumah pula.

pagar rumah

Keadaan rumah sebelum pagar ditukar. Pagar yang digunakan adalah pagar besi biasa sahaja.

pagar rumah

Keadaan pagar rumah yang sudah siap dipasang Shera Plank. Sungguh menarik apa yang dilakukan olehnya kerana jelas kelihatan rumahnya nampak lebih moden selepas menggunakan Shera Plank pada pagar rumah.

pagar rumah

Gambar di atas adalah gambaran semasa menyiapkan projek pemasangan shera plank ini.

Bahan yang digunakan adalah:

Bagi yang bertanya berapakah kos barang? Lebih kurang RM320-350 dan tidak lebih. Harganya agak berpatutan untuk rumah seperti ini.

Gambar lebih jelas selepas Shera Plank siap dipasang. Untuk yang bertanya apa nama shera plank ini untuk memudahkan urusan pencarian nanti. Namanya adalah shera plank cement fiber board.

pagar rumah

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini, Diharap dapat memberi inspirasi kepada semua dalam mencari idea untuk hasilkan dekorasi pagar rumah yang lebih privacy.

Semoga bermafaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down