Jika baru sahaja menetap di rumah kuaters, sudah pasti banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan ianya kembali kelihatan cantik dan menarik demi keselesaan keluarga kita.
Disebabkan ianya adalah rumah jenis kuarters lama dari tahun 90an. Setelah mendiami di situ selama 2 bulan, beliau yang bernama Chienta Haty dan suami telah nekad untuk tukarkan kepada satu konsep yang lebih menarik dan ceria.
Daripada keadaan kosong tak ada barang, beliau dan suami perlahan-lahan beli barangan perabot dan kumpul secara berperingkat.
Jadi, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.
Assalamualaikum, saja nak kongsi dekat hampa semua. Hasil deko rumah kuarters kami bertemakan biru.
Rumah ini masih lagi dalam proses sebab kami berdua PJJ. Deco dengan cara simple sahaja. Hasilnya boleh lihat dibawah ini.
Gambar ruang tamu sebelum dan selepas diubahsuai.
Gambar penuh ruang tamu selepas diubahsuai.
Dulunya bahagian ini memang cukup berselerak. Jadi kita tukarkan dengan konsep lebih lapang dan tenang.
Bunga plastik ini dihasilkan secara DIY, pasu bunga dan batu putih dari kedai Eco dengan bajet bawah RM20 dapat 4 pasu.
Ruang dapur sebelum dan selepas diubahsuai.
Ketika ini wainscoting belum siap lagi, suaminya yang buat sendiri.
Barangan dapur disusun dengan cukup rapi dan kemas.
Bahagian meja makan setelah makanan dihidang.
Ruang bilik air sebelum dan selepas diubahsuai.
Ruang laundry sebelum dan selepas diubahsuai.
Bahagian bilik tetamu ini masih dalam proses ubahsuai lagi.
Master bedroom juga masih dalam proses ubahsuai.
Langsir simple ini beliau jahit sendiri.
Sangat cantik ubahsuai bahagian dalaman rumah ini yang dihasilkan oleh pemilik rumah ini. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini.
Semoga bermanfaat untuk semua pembaca di luar sana.