Dekorasi gaya Boho ataupun dipanggil gaya Bohemian ini merupakan dekorasi yang jarang dilakukan dinegara Malaysia. Kebanyakkan hanyalah di kawasan barat. Namun, apa salahnya jika deko kan gaya ini. Setiap orang lain citarasa.
Macam wanita yang bernama Qynn Shikin ini, beliau sememangnya peminat dekorasi gaya Bohemian ini. Banyak deko, diy dan juga ubahsuai bertemakan bohemian. Antara yang beliau lakukan selain dekorasi ialah diy karpet tali guni dan juga diy cermin moden.
Giler Deco ingin berkongsikan dengan anda hari ini dekorasi rumah milik Qynn Shikin ini yang merangkumi dekorasi gaya bohemian. Perkongsian ini juga dikongsikan oleh syikin sendiri didalam facebook beliau. Jom kita tengok dekorasi rumah beliau.
Sedikit perkongsian dekorasi ruang tamu yang sangat cantik menarik. Hehehe. Ditambahkan lagi dengan konsep dekorasi Bohemian ini yang jarang dilakukan oleh rakyat Malaysia.
Ini adalah bahagian dining area. Selain dijadikan tempat memakan, saya telah letakkan pokok-pokok disudut tepi meja tersebut. Jadi, apabila makan boleh tengok pokok yang sedang membesar itu.
Peminat dekorasi Boho kebanyakkan akan meletakkan barangan yang dihasilkan daripada rotan sebagai hiasan untuk rumah mereka.
Ini adalah bahagian daripada ruangan tv saya. Simple sahaja kerana ingin mengekalkan konsep minimalis. Tidak mahu terlampau banyak barang.
Karpet guni dibawah ini adalah hasil DIY daripada Qynn Shikin sendiri. Jika anda ingin melakukan diri sendiri, boleh tengok DIY karpet guni hasil Qynn Shikin ini. Cara nak buat juga sangat simple dan senang.
Ini sahaja perkongsian daripada Giler Deco untuk kali ini. Diharap anda mendapat inspirasi daripada dekorasi ruang tamu berkonsep boho yang dilakukan oleh Qynn Shikin ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber : Qynn Shikin