Adanya besan yang baik hati dan selalu mengambil berat diantara satu sama lain boleh dikatakan satu rezeki juga untuk keluarga kita. Perhubungan sesama besan yang akrab mampu menjadikan rumah tangga anak-anak sentiasa dalam keadaan harmoni dan bahagia.
Disebabkan hubungan baik tersebut, wanita ini yang bernama Di Niah Mas, dengan rela hati memilih untuk mendeko rumah besannya supaya dapat tinggal di dalam keadaan yang lebih selesa dan menarik.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian deko rumah yang menarik ini.
Decokan rumah besan guna konsep less is more. Walaupun tak sempurna mana tapi syukur berjaya deko dengan baik. Semoga beliau rasa selesa dan bahagia.
Keadaan ruang tamu rumah sebelum diubahsuai. Barang-barang yang digunakan untuk mendeko dibawa masuk terlebih dahulu.
Kerja-kerja mendeko rumah besan mula dilakukan.
Keadaan ruang tamu rumah selepas di deko. Sangat cantik hasil yang dilakukan oleh besannya.
Hasil dekorasi ruang tamu rumah ini. Sangat kelihatan tenang. Pokok hiasan dan lampu tersebut dibeli di IKEA.
Meja putih itu juga dibeli di IKEA.
Keadaan ruang makan semasa dalam proses ubahsuai.
Kerusi IKEA setelah siap dipasang.
Ruang makan setelah perabot selesai dipasang. Set meja makan ini juga dibeli di IKEA.
Pandangan ruang makan pada waktu malam.
Almari yang digunakan juga adalah dari IKEA.
Pandangan penuh susunan perabot pada ruang tamu.
Pada bahagian dinding pula diletakkan cermin besar dan kabinet berwarna putih supaya ianya kelihatan luas.
Hiasan pokok palsu diperlukan juga untuk menaikkan seri kawasan ruang tamu tersebut.
Sangat cantik idea dekorasi yang dibuat untuk besannya. Walaupun nampak simple, tetapi gaya dekorasinya nampak mewah dan menarik. Untung betul dapat besan macam ni kan?
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.