Ibu Ini Berjaya Sempurnakan Backdrop Birthday Anak Dengan Hanya Berbelanja RM60 Sahaja!!

622 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap keluarga pasti ingin menyambut hari lahir anak-anak. Kalau boleh semuanya itu disambut dengan meriah dan sempurna ditambahkan lagi dengan pilihan menu makanan yang banyak, kek yang cantik dan juga dekorasi birthday anak yang menepati tema dan citarasa anak-anak kita.

Bercakap mengenai dekorasi hari lahir, pasti terfikirkan akan backdrop apa yang hendak digunakan nanti birthday anak. Menyedari kepentingan backdrop ini juga antara tempat yang penting untuk bergambar sebagai tanda kenang-kenangan. Oleh itu, dekorasi haruslah cantik dan menarik minat.

Dengan bajet yang rendah, anda sudah pun dapat membuat backdrop hari lahir anak-anak. Ini sebagai mana seorang ibu yang melakukannya saat ingin meraikan majlis hari jadi anaknya. Yang lebih menarik, ibu tersebut ada berkongsi dengan kita semua cara-cara untuk dekorasi backdrop ini yang berbekalkan bajet yang rendah.

Jom kita lihat perkongsian tersebut.

1. Backdrop Polkadot Pink

Backdrop ini dibeli di kedai Mr.Diy  yang berharga RM2.70 sekeping. Ibu ini beli 2 keping sahaja dengan RM5.40.

Birthday Anak

2.  Tag Happy Birthday

Tag ini dibuat dengan beli kertas hitam 20 keping RM4.00 (Popular) dan riben pink putih berharga RM2.10 (Eco).

Birthday Anak

3. Belon

Belon yang digunakan ialah warna pink dan putih dibeli kat kedai Mr.Diy berharga RM13.60.

4. Chain Gantung

Chain gantung ini dibeli terus daripada platform Shoppee dengan pelbagai variasi.

  • Chain gantung belon RM2.45
  • Stand gantung belon polkadot RM8.96
  • Belon polkadot hitam pink + belon polkadot pink putih RM5.00

Birthday Anak

5. Belon Mickey Mouse

Belon mickey ini juga beli di platform shoppee dengan harga RM6.80

Birthday Anak

6. Layer dan langsir

Layer kaler pink ini dibeli dengan harga RM4.20 dan langsir kaler pink yang dibeli di jakel berharga RM5.40

Total secara kasar semua adalah RM60.91. Jadi, anda tunggu apa lagi. Dah boleh start buat dah kalau birthday anak-anak nak dekat dh tu. Hehehe. Semoga anda semua dapat manfaat daripada perkongsian ini.

Kredit : Marsyuhada Binti Md Saad

 

Ingin membaca artikel yang seterusnya?

Baca juga :- 8 Idea Gubahan Bunga Hiasan Yang Senang Dan Mampu Anda Lakukan Dirumah

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down