Melakukan dekorasi rumah berkonsepkan warna pink sangat jarang dilakukan oleh pemilik rumah. Penggunaan warna pink akan kelihatan menarik sekiranya padanan warna yang diterapkan bersesuai dengan barangan di dalam rumah tersebut.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita ini yang bernama Idzyan Ismail. Disebabkan sangat meminati warna pink, beliau telah menghasilkan dekorasi kediaman berkonsepkan warna pink.
Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian dekorasi rumah yang sangat kreatif ini.
Perkongsian dekorasi workspace. Pejabat dan bilik menjahit sahaja sebelum ini tetapi disebabkan mesin jahit belum lagi dibawa, Jadi saya tunjuk bahagian kanan dinding saya iaitu office saya.
Harap dapat memberi inspirasi untuk deko office space anda. Sebagai tukang jahit dan online seller. Memang saya banyak sangat barang. Nak-nak lagi barang jahit. Macam-macam ada. Boltless rack ini memang sangat practical lah untuk saya simpan semua barang-barang.
Ruang bilik sebelum dikemas. Sebenarnya, ketika ini, beliau baru sahaja berpindah rumah. Jadi, kena setup semula bahagian ruang tempat bekerjanya. Bilik ini kecil dari sebelumnya sebab itulah perlu didekorasikan semula.
Almari kabinet masih belum dipasang dan masih semak. Tak boleh nak unpack sebab tiada rak.
Bahagian ruang tempat bekerja selepas diubahsuai.
Open shelf ini susah untuk dideko bagi nampak kemas dan cantik. Penggunaan drawer 3 tier banyak membantu dalam menangani masalah ruang yang semak dan padat. Sumbat sahaja barang yang telah dikategorikan dan dilabelkan. Barang senang cari dan ruang akan jadi lebih tersusun. Box pink beli dekat Tesco/Lotus sahaja.
Drawer ini pada asalnya berwarna light grey. Tetapi, beliau DIY sendiri dengan cara spray menjadi warna pink. Hasilnya sangat puas hati. Terus nampak bilik berseri. Penat lelah spray membuahkan hasil.
Ruang meja menggunakan konsep simple sahaja. Sebab selalu, kalau buat kerja dekat sini akan penuh buku dan berselerak dengan kertas. Jadi, dibiarkan kosong supaya senang nak buat kerja.
Kod warna spray light yang digunakan adalah pink.
Cantik padanan warna berkonsepkan warna pink ini.
Label ini buat sendiri. Design sendiri dekat komputer, print sendiri atas kertas sticker paper.
Dekorasi bilik jahit yang sangat cantik dan menarik berkonsepkan warna pink:
Keadaan dapur apartment sewa selepas dideco, macam ini sahaja yang mampu dibuat. Tak boleh nak tebuk sana sini dan hanya guna kitchen shelves IKEA hyllis sahaja. Sebab ada anak kecil, bahagian bawah itu memang tak boleh nak letak barang sangat.
Barangan yang digunakan:
Semuanya beli dekat Shopee.
Link Shopee:
Tiada satu pun dibalut dengan wallpaper pink pada bahagian dapur ini. IKEA Hyllis pun cat juga.
Siap project kemas mengemas peti ais. Apabila sudah organize senang nak cari barang. Walaupun bukan pakar dalam menyimpan makanan, apabila jumpa balang dan botol, sumbat sahaja barang kering dalam tu.
Buat masa ini, barang dalam itu tahan lama juga. Apabila transfer ke botol lain, rasa seperti peti lebih luas. Macam-macam boleh sumbat dan botol ini sangat sesuai diletakkan dekat rak peti ini.
Orang selalu curiga tentang expired date. Jadi, boleh saja tempek expired date dekat botol tersebut. Jadi, senang tahu bila nak expired.
Dekorasi Ruang Dapur Gas:
Dari mula journey pindah masuk rumah sampai hari ini asyik berubah sahaja dekorasi pada bahagian ini. Rasanya ini adalah deko akhir pada bahagian dapur ini. Hanya mahu maintain bersih dan kemas sahaja selepas ini.
Puas hati dapat bekas rempah pink sebab memang peminat pink. Sebenarnya botol shaker tapi buat tempat letak rempah. Sebab suka penutup tinggi. Baru tak kacau sudu bila tutup.
Tempat letak rempah pun sebab tak nak drill rumah, kita guna tempat dish rack ini. Orang tanya tak merecik ke? Sudah tentu tidak merecik. Selain itu, ada yang tanya lagi, tak panas ke botol rempah itu? Sudah pastinya panas. Boleh lapik IKEA AVDKILD dekat bawah itu. Mungkin dapat kurangkan panas.
Sangat menarik rumah berkonsepkan warna pink. Sangat sesuai untuk sesiapa yang meminati pink. Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Semoga bermanfaat.