Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hari ini nak berkongsi sedikit idea untuk dekorasi rumah terutamanya untuk teman-teman yang baru beli rumah. Macam pandai pula. Bukan nak tunjuk pandai tetapi hanya berniat untuk bagi sedikit tips berdasarkan pengalaman sendiri dulu.
Perkongsian pengalaman untuk kali ni lebih kepada pemilihan lampu, 'grill' rumah, 'kitchen kabinet', dan pergola/awning .
Ini teratak kecilku yang baru dibeli (lama dah beli ni  tahun 2011 siap dibina dan bermulalah proses dekorasi fasa pertama)
unsur kayu tu adalah tambahan sendiri untuk melembutkan dekorasi.Aku juga memilih 4 biji lampu 'downlight' Â untuk dipasang di 'porch' kereta ni.
'Awning' pergola di hadapan rumah
'Awning' pergola di sisi rumah (sliding door ke2)
antara pilihan lampu yang kupilih
antara pilihan lampu yang kupilih
antara pilihan lampu yang kupilih
lampu luar rumah yang dilengkapi 'sensor' dan 'timer'
lampu 'downlight'
Inilah keseluruhan ruang tamu merangkap ruang rehat dan juga ruang makan hihi .kecik je. Di ruang ini aku memasang 10 lampu 'downlight' dan 2 'ceilling fan'. Serta ada satu lampu hiasan kristal
Aku juga menempah 'wrought iron grill' untuk kesemua 'sliding door ' dan pintu utama. Motif bunga yang dipilih ialah bunga 'helicornia'.
Kesemua suis di seluruh rumah ditukar kepada suis jenis ini.
Aksesori Rak kaca dari Sorento
'built -in wardrobe' di bilik utama daripada kayu nyatuh
Katalog pilihan warna wardrobe ;i choose rose white (modern)
bilik utama yang telah dilengkapi langsir jahitan 'french pleat'
bilik ke-2 (rumah ni mempunyai 4 bilik tidur )
pilihan warna putih untuk ruang dapur yang sempit bagi memberi ilusi yang lebih luas. Material kitchen kabinet : Glass and aluminium . Aku juga memilih 'wooden blinds' untuk dekorasi tingkap dapur
Ruang paling kanan adalah untuk peti ais
Door stop with holder' yang mempunyai dwifungsi; sebagai penyendal pintu dan juga tempat penyangkut
Dinding ruang rehat dihiasi 'wallpaper'
Pemasangan cermin hiasan di dinding sebagai pelengkap gaya dan memberi kesan ilusi yang lebih luas kepada sesuatu ruang.
Itu sahaja sedikit perkongsian untuk hari ini. Moga dapat memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih kerana sudi membaca.