Selalunya kalau di Malaysia ni tentu sahaja ramai yang tinggal dibawah jambatan kan? Tidak kira di negeri mana namun sudah pastinya akan ada juga. Di negara luar juga ada yang berada dibawah jambatan namun untuk kesi ni lebih advance daripada kita iaitu dengan melakukan sebuah studio mudah alih pada bawah jambatan tersebut.
Dengar macam tak logikkan? Namun, itulah realiti sebenar daripada lelaki bernama Fernando Abellanas ini. Beliau berasal daripada Valencia, Sepanyol ini melakukan studio mudah alih beliau disebabkan satu sebab jer iaitu kekurangan tempat didalam bandar memaksa beliau melakukan studio bawah jambatan tersebut.
Jom kita tengok bagaimana rupa dan keadaan studio yang dilakukan oleh Fernando Abellanas ini.
Artis dan pereka bernama Fernando Abellanas dari Valencia, Sepanyol ini melakukan sebuah reka bentuk studio mudah alih dengan ruang kecil di bawah jambatan di lebuh raya.
Ianya merupakan sebagai tindak balas kepada kekurangan ruang bandar di bandar tersebut!
Proses-Porses Untuk Melakukan Studio Dibawah Jambatan
Untuk pengetahuan anda semua, Fernando Abellanas ini merupakan seorang artis dan juga designer yang pakar. Beliau melakukan lakaran dan juga rekabentuk terlebih dahulu sebelum melakukan studio beliau.
Proses melakukan rangka studio tersebut telah pun dijalankan.
Rangka dan juga rail untuk studio ini juga telah pun siap dan juga dipasang pada bawah jambatan tersebut.
Daripada luar boleh nampak studio milik Fernando Abellanas ini. Boleh bergerak hadapan dan juga belakang dengan bantuan roda rail tersebut.
Dalam proses menyiapkan dalaman studio tersebut.
Sebuah Studio Mudah Alih Yang Sangat Kecil Dan Cantik
Inilah dia hasil studio milik Fernando Abellanas ini. Kecil sahaja disebabkan untuk tujuan melakukan kerja-kerja sahaja.
Disini juga beliau dapat melakukan kerja dengan tenang dan jauh daripada bandar yang bising.
Sumber : DeZone