Anda tidak lagi akan memandang rak di rumah anda sebagai tempat penyusunan buku sahaja, kerana anda sudah boleh menggunakannya sebagai aksesori deko untuk tatapan yang lebih menarik dan memukau. Perkongsian kali ini adalah mengenai idea rak dinding yang menarik untuk rumah anda.
Ikuti idea-idea di bawah untuk menghasilkan rak dinding yang lebih menarik dan memukau para tetamu apabila mereka berkunjung ke rumah anda.
1. Rak yang boleh diletakkan dengan pelbagai barang.
2. Rak di bilik air. Untuk yang gemar meletakkan barangan seperti ini dirak bilik air. Anda boleh cuba gunakan konsep ini untuk bilik air rumah anda.
3. Rak di ruang tamu.
4. Rak ini juga cantik untuk dipamerkan di ruang tamu. Konsepnya sangat simple tapi menarik
5. Susunan buku yang unik di rak yang berbentuk alunan ini jelas tampak tenang dan simple. Dekorasi rak seperti ini sesuai dibuat di ruang tamu rumah anda.
6. Rak yang mempunyai 3 lapisan ini sesuai untuk susunan barang yang rapi sebegitu. Rak jenis ini sesuai digunakan untuk meletakkan buku kerasa tidak begitu kuat untuk menampung benda berat.
7. Rak ini juga agak unik dan menarik untuk susunan barang dan dipamerkan di bahagian yang boleh tetamu lihat. Pasti tetamu akan berasa kagum apabila mereka melihat dekorasi dinding yang cantik dan kemas di dinding ruang meja makan.
8. Rak dinding hiasan seperti ini juga tidak kurang unik dan menarik. Jika anda jenis seorang yang suka dengan perhiasan pasu. Anda boleh cuba untuk gunakan konsep ini di dinding rumah anda.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk kali ini. Diharap dapat membantu anda dalam mencari idea dan inspirasi dalam mendekorasikan dinding rumah anda dengan dekorasi yang menarik ini.