Siapa yang tidak mahu memiliki dapur yang cantik dan kelihatan mewah. Meskipun dapur rumah ketika ini tidak begitu luas, itu bukanlah menjadi asbab untuk membiarkan ianya kekal suram sebegitu rupa.
Bagi menjadikan ruang dapurnya kelihatan lebih menarik, wanita ini yang bernama Nur Amani Abdul Rani telah melakukan ubahsuai dapur basah dengan menukarkannya kepada satu konsep yang cukup menarik.
Jadi, jom sama-sama ikuti perkongsian ini.
Ubahsuai dapur basah.
Alhamdulillah setelah 2 bulan lebih jugak menunggu, siap juga akhirnya dapur basah walau besar sekangkang kera.
Jom masuk dapur.
Ini adalah keadaan ruang ini sebelum diubahsuai. Tingkap 3 panel itu adalah tingkap bilik. Ubahsuai yang dilakukan pada ruang hujung sahaja. Sebelum ini memang ada tingkap 2 panel dan pintu dapur lama. Jadi, beliau terpaksa pecahkan tingkap dapur itu.
Keluasan ruang ini lebih kurang dalam 13 kaki x 6 kaki.
Ini pula adalah proses membina ruang pemisah antara dry kitchen dan wet kitchen.
Pada bahagian dapur basah, beliau memilik untuk pakai konkrit sebab kabinet lama pakai modular kabinet. Apabila leaking, ianya akan merosakkan kesemuanya.
Sudah nampak rupa dapur.
Kemudian, bahagian dapur konkrit ini dipasang backsplash dengan table top tiles yang sama bersaiz 4 kaki x 2 kaki. Backsplash itu jenama Bellezza dan ada dijual di Facebook macam-macam design sampai juling mata.
Pemasangan pintu kabinet dengan menggunakan material 3G.
Pandangan dari dry kitchen, asal nak letak sliding door atau barn door tapi encik suami suka terbuka sebegitu. Sabar sekejap nak racun pemikiran dia lagi mana tahu lepas.
Beliau cuba nak minimisekan barangan atas table top.
Panjang base kabinet ini dalam 11 kaki.
Ruang ini tak tahu nak kemas macam mana, memang tak boleh sorok dalam kabinet dah.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam melakukan ubahsuai dapur seperti ini.
Semoga bermanfaat.