IKEA Kini Keluarkan Rumah "Jenama" Mereka Sendiri!

562 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Kerja gila! Kalau dulu IKEA jual peralatan dekorasi rumah, kini rumah keluaran IKEA pun ada! Tak logik betul! Tapi sebenarnya, itu lah hakikat sebenar. Perkongsian pada kali ini adalah mengenai IKEA kini keluarkan rumah "jenama" mereka sendiri!

Menurut laporan yang diterbitkan di dalam Lonely Planet, jika sebelum ini kita berasa teruja selepas mendapat tahu jenama perabot terkemuka dunia, IKEA bakal menjual perabot second hand demi membina rumah yang berkonsepkan mesra alam.

Kini, IKEA juga dikatakan telah bekerjasama dengan Vox Creative dan RV serta Escape iaitu pengusaha bagi kediaman/rumah yang bersaiz kecil atau juga dikenali sebagai tiny house.

IKEA Kini Keluarkan Rumah "Jenama" Mereka Sendiri! :

RUMAH IKEAWalaupun menggunakan treler rumah sebagai kediaman, jenama tersebut tetap mengekalkan konsep keselesaan dan kemewahan dalam menggunakan perabot IKEA bagi membina rumah yang bercirikan mesra alam.

RUMAH IKEA“Kami telah memaparkan sebilangan produk IKEA dalam reka bentuk kediaman kecil kami yang terdapat di seluruh negara.

“Demikian kerana jenama tersebut mencerminkan bahan yang boleh digunakan semula dan dikitar semula yang kami gabungkan ke dalam struktur sebenar,” kata Dan Dobrowolski, Pengasas Escape kepada Lonely Planet.

Rumah/kediaman kecil tersebut akan diubah suai serta dilengkapi dengan pelbagai keperluan yang harus dimiliki oleh pemilik rumah. Barangan tersebut merangkumi konsep mesra alam seperti panel solar, tandas kompos dan bekalan air panas mengikut permintaan.

Rumah/ Tiny House IKEA

Di dalam treler rumah tersebut, terdapat tempat tidur yang bersaiz ‘queen’, sofa lipat dan tempat penyimpanan. Pemilik rumah boleh melengkapkan ruang dengan perabot mereka sendiri atau mereka boleh membinanya sendiri dengan menggunakan perabot IKEA.

Difahamkan, rumah tersebut hanya mengambil masa kira-kira 60 hari bagi membina serta melengkapkan rumah tersebut dengan barangan yang boleh dikitar semula. Harga kediaman kecil tersebut bermula dengan harga RM192,173.32 ($47, 550).

Rumah bersaiz kecil dan menggunakan treler BOHO XL itu bagaimanapun setakat ini difahamkan hanya dijual di Amerika Syarikat.

Tetapi jika anda mempunyai kediaman atau rumah yang kecil dan mungkin kontena bersaiz besar (jika ia mampu dimuatkan dengan perabot), anda mungkin boleh menjadikan rekaan tiny house ini sebagai inspirasi anda yang seterusnya.

Kredit: Travel and Leisure

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down