Cara Mudah Hindari Cat Dinding Menggelupas

1,338 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Buat anda yang sudah lama menetap di rumah, sudah pasti akan ada dinding yang akan mengelupas tidak kira sama ada di dalam rumah mahupun di luar rumah, Malah ianya kerap kali berlaku pada dinding yang baru dicat. Sekiranya perkara ini berlaku, perkara pertama yang anda perlu buat adalah jangan panik berpindah rumah atau memanggil tukang untuk membaiki masalah ini. Perkongsian kali ini adalah dari  Rafiq Rizuan. Perkongsiannya adalah mengenai cara mudah hindari cat dinding menggelupas.

Hal ini kerana sebenarnya ada beberapa cara mudah buat anda lakukannya sendiri. Perkara pertama yang anda perlu buat adalah dengan mengenal pasti punca di mana kotoran itu berlaku.  Menurut perkongsian daripada Rafiq Rizuan di mana beliau hanya baiki sendiri dinding rumah yang terkopek ataupun mengelupas. Kos yang digunakan hanyalah RM 98 sahaja. Jom kita ikuti perkongsian daripada beliau.

Cara Mudah Hindari Cat Dinding Menggelupas :

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • Cat waterproof
  • Cat undercoat
  • Cat putih
  • Simen putih
  • Berus cat
  • Pengikis cat dinding

Lap permukaan lantai sehingga kering.

Simen putih ataupun simen plaster diletakkan di celah-celah mozek.

Tunggu dan biarkan cat tersebut kering.

Sementara menunggu cat itu kering, anda boleh kikis cat yang lama dengan menggunakan pengikis cat.

Selepas selesai kikis cat yang rosak, anda perlu plaster dinding yang telah dikiks.

Rupa di dalam cat waterproof sangatlah jernih dan sila jauhi daripada anak-anak anda. Cat waterproof ini diletakkan di celah-celah mozek.

Hasil selepas semua proses selesai. Segala kesan rekahan di dinding tadi sudahpun hilang.

It u sahaja perkongsian Giler Deco untuk anda pada kali ini. Diharap perkongsian pada kali ini dapat memberi manfaat kepada anda dalam cuba untuk mengatasi masalah cat menggelupas. Selamat mencuba.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down