Kebanyakkan pemilik rumah suka dengan tingkap yang hebat. Tetapi untuk pengetahuan, tingkap ini mempunyai pelbagai jenis-jenisnya untuk dipilih dan menyebabkan pemilik rumah sukar untuk membuat pilihan yang sesuai . Baca lebih lanjut untuk mengetahui jenis-jenis kaca untuk tingkap yang bersesuaian dengan rumah anda.
Untuk memahami sepenuhnya pelbagai jenis kaca, perlu untuk anda memahami float glass terlebih dahulu. Kebiasannya float glass merupakan kaca yang mudah pecah dan ia diperbuat daripada kaca yang dicairkan.
Float glass ini digunakan untuk menghasilkan pelbagai kaca untuk tingkap kerana kaca jenis ini bersifat lemah dan mudah pecah menjadi serpihan besar yang bahaya.
Untuk pengetahuan, cermin jenis ini banyak dipasangkan untuk dijadikan cermin pada kenderaan kerana cermin ini bersifat kuat dan kukuh. Laminated Glass ini diperbuat daripada dua keping lapisan nipis resin PVB.
Resin PVB ini akan menambah kekuatan pada cermin tersebut dan juga dapat menghalang daripada pecah. Oleh itu tingkap ini sesuai untuk bertahan daripada cuaca yang melibatkan angin yang kencang atau untuk premis perniagaan.
Cermin yang kabur ini menggunakan reka bentuk dan ciri tertentu. Cahaya pada cermin ini masih boleh ditembusi dan cahaya yang ditembusi itu hanya boleh melihat bayang-bayang sahaja. Tetapi tiada siapa yang boleh melihat bahagian dalaman rumah.
Cermin jenis ini sesuai untuk dipasang dimana-mana bilik terutamanya di tandas di rumah atau bilik yang memerlukan privasi. Tambahan pula, untuk menambah kecantikkan pada cermin ini, anda boleh menambahkan unsur warna.
Tempered glass ini terlalu kuat, susah dan tidak mampu untuk memotongnya tetapi ia masih boleh pecah jika ia dipukul dengan sangat kuat. Jika tempered glass ini pecah, maka serpihan atau kepingan cermin itu menjadi kecil dan kurang berbahaya berbanding dengan float glass.
Tempered glass ini sesuai untuk dipasang pada tingkap yang pada kedudukan rendah, saiz besar atau rumah anda berada pada kawasan yang sibuk.
Sumber Bobsglass