Kelebihan Menggunakan Seterika Jenama Philips Amway

643 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Setiap rumah sudah pastinya memerlukan seterika dirumah. Jika tiada seterika dirumah bagaimana untuk kita menggosok baju? Takkan nak pergi kerja, majlis atau juga meeting dalam keadaan baju yang tidak gosok dan berkedut?

Namun, anda haruslah berhati-hati dalam memilih seterika ini. Jika anda cenderung untuk memilih seterika yang murah dan tidak berkualiti, anda berisiko untuk membahayakan diri anda. Jika boleh elakkan daripada membeli seterika murah dan lebihkan memilih kepada seterika yang berjenama seperti seterika jenama philips.

Seterika jenama philips ini sememangnya antara yang berkualiti tinggi dan menjadi pilihan ramai pengguna. Ia juga beberapa model jenama tersebut boleh dikatakan dalam harga bajet dan banyak menawarkan kelebihan atau juga fungsi yang menarik.

Kelebihan Seterika Jenama Philips Amway Ini Sememangnya Berbaloi Untuk Dimilik Oleh Anda Semua

10 Kelebihan Seterika Jenama Philips Amway Ini

1. Kapasiti Water Tank Sebesar 2.5 Liter

Dengan adanya kapasiti water tank yang besar ini sudah tentu dapat mempercepatkan proses menggosok tanpa perlu kerap mengisi air.

2. Proses Menggosok 2x Lebih Cepat

Permukaan pada seterika pula yang dilengkapi dengan OptimalTEMP ini dapat mempercepatkan gosokan pada baju lebih cepat tanpa perlu tunggu seterika panas atau sejuk.

3. Kuasa Stim Yang Tinggi

Kuasa stim yang tinggi ini bertujuan untuk menghilangkan segala kedutan pada tudung, selendang atau skirt. Anda hanya perlu gosok sekali sahaja terus hilang segala kedutan tersebut.

Seterika Jenama Philips

4. Tidak Perlu Laraskan Suhu Untuk Semua Kain

Tak perlu risau dah nak lasarkan suhu pada material kain yang berbeza kerana seterika ini berfungsi untuk kenalpasti jenis kain dan tetapkan suhu yang bersesuaian.

5. Saiz Yang Lebih Padat Dan Ringan

Saiz seterika yang ringan, kecil dan padat dengan pelbagai fungsi yang menarik ini sesuai untuk digunakan dirumah ataupun nak bawak kemana sahaja.

Seterika Jenama Philips

6. Boleh Digunakan Selama 3 Jam Tanpa Henti

Seterika ini juga dapat melakukan kerja-kerja menggosok pada kain tanpa selama 3 jam tanpa berhenti Anda tak perlu tutup setiap kali sudah menggosok untuk bagi orang lain guna.

7. Pakaian Tidak Akan Terbakar Jika Dibiarkan Masa Yang Lama

Dengan teknologi yang terbaharu, jika anda tertinggal seterika dengan lama atas pakaian yang digosok. Ianya tidak akan mudah terbakar namun harus diingat bahawa jangan sesekali tinggal seterika atas pakaian.

Seterika Jenama Philips

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down