Kepentingan Grease Trap Untuk Diletakkan Pada Rumah

36,306 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Pernah dengar atau tidak Grease Trap? Ia merupakan sebuah tangki atau binaan yang mampu memerangkap apa-apa sisa minyak atau lemak didalamnya. Apabila anda membasuh pinggan atau apa jua benda yang berminyak ianya akan memerangkap didalamnya. Ini akan memudahkan anda untuk membersih sisa-sisa minyak dan lemak di dalam.

Melalui perkongsian daripada محمد سنوسي ini, beliau menunjukkan bagaimana untuk membuat dan kepentingan grease trap dirumah masing-masing. Ia juga menunjukkan bagaimana kepentingan grease trap ini berfungsi untuk membantu memerangkap sisa-sisa yang tidak baik masuk kedalam paip saluran utama rumah.

Kepentingan Grease Trap Untuk Diletakkan Pada Bahagian Rumah Anda

Sungai tercemar bukan disebabkan oleh sisa industri sahaja. Tapi sisa domestik seperti air buangan daripada dapur rumah yang tidak mempunyai sistem sewerage yang betul juga disalurkan terus ke dalam longkang seterusnya masuk ke sungai.

Fungsi Dan Kepentingan Grease Trap Yang Anda Perlu Tahu

Semasa membina rumah ini, beliau telah buatkan sekali grease trap (perangkap minyak) di luar dapur dengan mengambil contoh design grease trap dapur komersil. Tujuannya tak nak sinki dan saluran sewerage tersumbat dengan minyak dan lemak.

Kepentingan Grease Trap
Kepentingan Grease Trap

Walaupun menjadi amalan kami minyak terpakai akan dikumpulkan di dalam bekas khas, minyak dan lemak yang masih berjaya terlepas ke salur buang dapur boleh tahan juga banyaknya. Seperti dalam gambar, itulah lemak-lemak yang terlepas ke grease trap dalam tempoh 2 ke 3 bulan.

Kepentingan Grease Trap

Lemak-lemak yang dikeluarkan daripada grease trap boleh menjadi baja. Letak saja di tepi pokok pisang dan tutup dengan tanah untuk elakkan bau. Pokok pisang hidup subur lain macam.

Kepentingan Grease Trap

Ini contoh Grease trap ready made. Biasa digunakan di dapur komersil. Harganya ratusan hingga ribuan RM bergantung kepada size. Nak jimat, bina sendiri dengan batu bata. Fungsi dan keberkesanannya sama sahaja.

Prinsip kerja sebuah grease trap. Minyak dan lemak akan terapung di sebelah atas dan tak dapat menuju ke salur outlet. Hanya air sahaja yang lepas keluar.

Kepentingan Grease Trap

Sumber : محمد سنوسي

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down