Elakkan 6 Perkara Ini Supaya Tidak Melakukan Kesalahan Semasa Renovate Rumah

1,141 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Bercerita mengenai ubahsuai rumah memang semua orang mengimpikannya. Hal ini kerana, ia dapat mencantikkan dan memperluaskan lagi kawasan rumah kediaman kita. Tetapi, tidak ramai yang tahu cara dan prosedur yang betul sebelum pengubahsuaian rumah dilakukan.

Kebiasaannya apabila sudah membeli rumah, sudah pasti berfikiran mahu buat apa sahaja pun boleh. Mana tidaknya, rumah itu rumah yang kita beli kan? Hasil titik peluh dari kecil menabung. Setelah dewasa dan berkeluarga, sudah pasti nak renovate rumah supaya lagi cantik.

Renovate? Memang tak ada masalah, tetapi, tahu tak apa yang boleh dan tak boleh?

Jadi, jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik ini.

Kesalahan Semasa Renovate Rumah

  1. Tiada Permit.

Kalau di ikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada.

Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit juga. Tak boleh sesuka hati sebab depan rumah sudah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT.

Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanyakan hal ini. Untuk mengelakkan dari kena denda waktu random spot check oleh majlis.

2. Tambah Floor Area Tanpa Kelulusan PBT

"Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja."

Jangan sesuka hati main tambah kiri, kanan dan atas tanpa kelulusan majlis. Kalau tertangkap, sediakanlah duit untuk bayar denda.

Nak renovate tambah floor kawasan ini memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus upah kontraktor dan jalan terus. Itu salah! Jadi, perlu upah arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT.

Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu kita buat renovation tanpa pelan lulus, denda sepuluh kali ganda dari wang proses pelan dan kena submit melalui arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan.

3. Tak Bincang Dengan Jiran

Sebelum nak renovate, berbincanglah dengan jiran terlebih dahulu. Hal ini kerana, apabila bising semasa kerja renovate dilakukan, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulanlah mereka makan hati. Akhirnya jiran sendiri yang laporkan ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula.

Tak rugi berbaik dengan jiran, lebih-lebih lagi buat mereka yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate tidak begitu elok.

Sekarang pun kalau nak renovate, memang memerlukan consent dari jiran. Macam borang yang kita dah bagitahu jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran.

4. Renovate Sampai Line Pagar Depan.

Perlu di ingat, walaupun "dalam" kawasan pagar itu kawasan kita sendiri, tidak bermakna boleh buat rumah sampai pagar. Tak boleh, kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar atau line sempadan. Itu adalah kehendak PBT.

Perkara tersebut boleh di denda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun perlu di ingatkan awal-awal, memang tak boleh. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya.

Kesalahan Semasa Renovate Rumah
Kredit gambar: The Reporter

5. Renovate "Luar" Dari Pagar Depan!

Ini level legendary. Kebiasaannya ini level T20. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house! Gated dan guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayangkan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh!

Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis, sudah pasti dia jeling. Tak sempat tanya sudah kena reject.

Baru-baru ini, ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak sebab ada kerja repair paip. PBT cakap, luar pagar bukan lagi kawasan kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clearkan untuk kerja-kerja pembaikian paip.

Kesalahan Semasa Renovate Rumah
Kredit Gambar: News Allmhi

6. Submit Pelan Lulus Lain, Buat Di Site Lain!

Jenis ini ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, selepas itu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudahnya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya. Kesimpulannya, ikutlah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujungnya anda rugi juga.

Malu bertanya, duit lebur

Kredit : Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down