Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall Hasilkan Dekorasi Dinding Gaya Baru

417 views
Langgan channel Telegram Giler Deco untuk trend deko terkini & informasi hiasan dalaman yang menarik.
Giler Deco

Setiap dekorasi yang kelihatan matching pada dinding rumah tersebut sudah pasti datang dari kombinasi konsep kreatif mengikut keinginan pemilik rumah.

Walaupun pada dasarnya keadaan dalaman rumah kita kelihatan hanya biasa-biasa dan suram, namun, setelah digayakan dengan konsep tertentu, ia akan kelihatan lebih menarik dan ceria.

Seperti yang dihasilkan oleh suami dan anak-anak Puan Nor Suhada Satiman ini, beliau telah menghasilkan satu dekorasi gaya baru dengan menggabungkan wallpaper lama dan shiplap wall pada ruang tamu rumahnya.

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut, jom ikuti perkongsian menarik ini.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall Hasilkan Dekorasi Luar Biasa

Nak kongsi shiplap vs wallpaper.

Disebabkan wallpaper ini rosak, bahagian bawah sahaja. Jadi, terfikir untuk buat shiplap di bahagian bawah yang atas itu elok je lagi,

Sayang pula nak kopek semua, cuma dalam perancangan jika satu hari nanti wallpaper atas pun rosak, tinggal buatkan wainscoting je nanti bahagian atas itu.

Wallpaper pada bahagian bawah dikopek terlebih dahulu.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Nasib baik wallpaper ini mudah ditanggalkan. Baki kertas yang lekat dekat dinding, sembur air sahaja, kemudian, gosok-gosok dan terus tanggal.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Kerja-kerja mengecat diserahkan kepada anak-anak teruna mereka.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Biasa orang buat, tampal dahulu baru cat. Tetapi disebabkan oleh beberapa faktor, beliau memilih cat dahulu baru tampal.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Setelah selesai cat undercoat, boleh la cat mengikut warna kesukaan kita.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Selepas itu, bermulalah proses pemasangan kayu shiplap pada kawasan bawah dinding.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Spacer atau gap itu guna baki papan yang dipotong tadi, suaminya berkata "lagi senang, besar".

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Pada bahagian atas dinding shiplap itu dipasang dengan waisncoting pvc besar bagi memisahkan bahagian wallpaper dan bahagian dinding shiplap itu.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Gambar lebih dekat wainscoting pvc tersebut.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Beginilah keadaan dinding setelah selesai diubahsuai.

Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall
Kombinasi Wallpaper Dan Shiplap Wall

Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco untuk anda pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2022 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down