Langkah Untuk Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

33 views
Jom kita bertiktok-tiktok di TikTok GilerDeco untuk lebih banyak inspirasi deko cantik.
Giler Deco

Saban tahun setiap bulan November sehingga Januari, kita sering menonton di kaca tv, mendengar di radio dan di media sosial mengenai beberapa kawasan rendah di negeri kita yang kerap ditimpa musibah banjir.

Sudah pasti kawasan yang ditimpa banjir tersebut bakal mengalami gangguan perkhidmatan dan kerosakan infrastruktur. Tidak terlepas juga barangan elektronik yang berada di dalam rumah, itu semua turut terkesan dan boleh menyebabkan kerosakan akibat ditenggelami air banjir dan lumpur.

Namun, masih ramai yang tidak tahu, sebenarnya barangan elektronik yang ditenggelami banjir itu tidak rosak sepenuhnya. Masih terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi memulihkan barangan yang terkena banjir tersebut tanpa perlu membeli baru.

Jadi, untuk mengetahui langkah dan cara yang dilakukan untuk menyelamatkan barangan elektronik setelah banjir surut, boleh teruskan bacaan di bawah ini.

Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

1. Jangan sesekali cuba menghidupkan barangan elektrik tersebut untuk test sama ada ia masih Ok atau Tidak.

Langkah Untuk Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

2. Kumpul semua peralatan elektrik, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

Langkah Untuk Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan, kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur. Jangan memberus, jika perlu guna berus cat untuk menyental lumpur yang degil.

4. Bila sudah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 3 ke 4 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen bahagian dalamnya.

5. Jika ada pengering rambut (hair dryer), tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul-betul kering, boleh juga tembak dengan angin tapi guna hos kecil.

Langkah Untuk Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

6. Pasangkan balik back cover atau penutup belakang setelah diperiksa betul-betul kering (3-4 hari). Jangan rushing.

Langkah Untuk Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir Surut

7. Hidupkan barangan elektrik itu untuk test Ok atau Tidak. Yang penting sabar dan tabah mengendali kerja baik pulih peralatan elektrik yang sebenarnya tidak rosak pun kerana banjir.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu semua mangsa banjir di luar sana supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan elektrik yang baru.

Kredit: Ben Safwan

Anda Mungkin Juga Berminat

Logo Giler Deco
© 2024 Giler Deco Hakcipta terpelihara
• Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)
Privasi PolisiTerma & Syarat
magic-wandeyecamerabookuserrocketmagnifiercrosschevron-down