Pada masa kini, perkataan DIY sudah tidak asing lagi dalam kehidupan dan aktiviti harian kita. Hal ini kerana, kebanyakan pemilik rumah sudah mula berjinak-jinak dalam bertukang cara sendiri (DIY) kerana ianya banyak memberi kelebihan kepad kita. Sebagainya contohnya, ia dapat membantu kita dalam berjimat cermat.
Itu yang dilakukan oleh pemuda ini yang bernama Baha Pakura. Beliau telah menghasilkan DIY akuarium tanpa perlu mengupah orang.
Jadi, jom sama-sama kita lihat proses DIY yang dilakukan ini.
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga. Hasil menukang selama 5 hari masa yang diambil.
Ini adalah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan kabinet akuarium.
Kayu dicantumkan membentuk segi empat.
Selepas itu, kayu tersebut dilekatkan bersama plywood untuk dijadikan pintu kabinet.
Proses seterusnya pula adalah membuat corak segi empat pada bahagian tengah pintu kabinet. Kayu mula dicantumkan dan bahagian yang tidak berkenaan dipotong.
Inilah hasil selepas kayu dilekatkan menjadikannya ala wainscoting.
Rupa kerangka kabinet semasa proses DIY sedang dilakukan. Akuarium juga sudah diletakkan pada bahagian atas kabinet tersebut.
Proses seterusnya adalah dengan mengecat penutup atas akuarium.
Penutup sudah siap dipasang pada bahagian atas akuarium. Tinggal untuk menyiapkan proses pada bahagian bawah sahaja.
Maka, inilah hasil akhir projek DIY kabinet akuarium yang telah siap dihasilkan. Walaupun simple, tetapi kelihatan cantik dan menarik.
Itu sahaja perkongsian dari Giler Deco pada kali ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pembaca di luar sana dalam cuba menghaislkan projek DIY seperti ini. Semoga bermanfaat.