Kadang-kadang stress tengok kain bawah sofa dah koyak. Walaupun tak nampak jelas tapi kalau dah banyak sangat koyak kain tu akan terjuntai ke lantai.
Mohd Afiq Abdullah ada berkongsi langkah-langkah menukar kain di bawah sofa dalam group FB Tukang Apa Hari Ini.
Alataan yang diperlukan:
Langkah 1
Ukur saiz perabot anda bahagian bawah. Digalakkan lebih sedikit dalam 2 inci supaya boleh lipat ke bahagian dalam.
Langkah 2
Buka screw di kaki sofa pakai screwdriver/impact driver/drill/ auto screwdriver.
Langkah 3
Pilih sahaja mana-mana sisi dan pastikan lipat terlebih dahulu lebihan kain ke dalam. Kemudian staple di tengah. Kemudian pergi ke arah sisi yang bertentangan dari sisi yang telah di staple tadi. Tarik kain selari dengan yang telah di staple awal-awal tadi. Jangan terlalu tegang sangat sebab bimbang kain akan mudah terkoyak. Tarik hanya untuk hilangkan kedutan sahaja.
Langkah 4
Ulang langkah 3 dan buat di sebelah yang di staple pada awal-awal tadi. Anggaran selang dalam sejengkal. Sampai lah ke hujung sebelah kanan dan kiri. Seterusnya ulang balik langkah 3 tadi tapi di sebelah kiri dan kanan pula.
Langkah 5
Jangan lupa untuk tandakan lubang screw dengan melubangkan kain dengan screw. Hal ini untuk memudahkan anda screw balik kaki perabot.
Langkah 6
Staple gun pada setiap selang sejengkal dalam jarak 2-3 cm di sekeliling sofa.
Langkah 7
Screw balik kaki sofa. Dan akhirnya siap.
Itu sahaja perkongsian dari Mohd Afiq Abdullah tentang cara atau langkah-langkah menukar kain di bawah sofa. Semoga bermanfaat.